Adibah Mahu Rakam Single Dengan Thye – Konsert Mentor

Adibah

[media id=195 width=500 height=400]

Adibah Mahu Rakam Single Dengan Thye

Konsert Mentor pada malam Ahad lalu menyaksikan gabungan protégé daripada Kumpulan A dan B yang mara ke peringat separuh akhir. Konsert selama satu jam setengah itu menampilkan Chaq, Fira, Thye dan Black. Masing-masing menampilkan satu persembahan yang cukup bertenaga dan hebat.

Namun, pilihan di tangan penonton kerana kuasa SMS berada di hujung jari mereka. Pada penghujung konsert, Thye, protégé kepada Adibah Noor terpaksa melupakan pentas Mentor buat selamanya. Thye tidak layak ke peringkat akhir kerana undian tidak menyebelahinya walaupun juri awam memberikan markah yang sama dengan Black iaitu 11 markah. Secara keseluruhan, Thye hanya mendapat 39. 8 peratus undi berbanding Black sebanyak 63.3 peratus, Chaq 54.9 peratus dan Fira 43.1 peratus.

Ditemui selepas konsert berakhir, Thye memberitahu yang dia menerima keputusan itu seadanya kerana menyedari dia ada melakukan beberapa kesilapan ketika mengadakan persembahan. Tetapi dalam masa yang sama, Thye juga meluahkan rasa kecewanya kerana terpaksa menghampakan mentornya, Adibah Noor yang sudah banyak memberi tunjuk ajar kepadanya selama ini.

“Bagi saya kekalahan saya pada malam ini adalah sebab diri saya sendiri, bukan kerana perkara lain. Ada beberapa kesilapan yang telah saya lakukan tadi seperti saya besarkan suara apabila tidak mendengar suara sendiri. Mungkin sebab itu suara saya kedengaran tidak terkawal. Memanglah saya berasa agak kecewa dengan keputusan ini, tetapi saya sudah lakukan yang terbaik,” ujar Thye.

Sebagai mentor pula, Adibah Noor nampak tenang menerima keputusan malam kelmarin. Menurut Adibah, dia dan Thye sudah melakukan semua persediaan untuk beraksi pada malam tersebut. Tambahnya lagi, apa yang sudah berlaku biarkan ia berlaku dan tidak perlu toleh ke belakang lagi.

“Bagi saya semua protege pada malam ini memberikan persembahan terbaik dan hebat. Dalam ramai-ramai itu, ‘anak buah’ saya yang melakukan kesilapan dan itu perkara biasa dalam sesebuah program yang dijalankan secara langsung. Semasa sesi latihan tadi, Thye tidak mengalami sebarang masalah pun. Apa pun saya menerima keputusan ini seadanya,” jelas Adibah.

Menyentuh tentang perancangan masa hadapannya dengan Thye, Adibah tanya berselindung menyuarakan hasrat untuk memperkenalkan Thye kepada peminat muzik tanahair.

“Selepas ini, saya akan cuba perkenalkan Thye kepada orang ramai. Kalau ada persembahan nanti, mungkin saya akan bawa Thye bersama. Selain itu, saya juga mungkin akan merakam ‘single’ bersama Thye.”

Konsert Mentor malam kelmarin memerlukan setiap protege menyanyi solo secara medley bagi menyerlahkan kemantapan vokal masing-masing. Persembahan dimulakan oleh Chaq, protege kepada Ajai dengan menyampaikan lagu “Nasibku” / “Fanatik”. Persembahan Chaq yang mengabungkan kehebatkan bakat tariannya memukau penonton yang hadir sehingga juri awam memberikan markah penuh kepadanya iaitu 20 markah.

Thye mengambil tempat kedua dalam mengadakan persembahan dengan membawakan lagu “Keroncong Untuk Ana” / “Hatinya Tak Tahan”. Persembahan Thye juga tidak kurang hebatnya tetapi ada ketikanya, vokal Thye kedengaran agak tenggelam timbul.

Selepas itu, Fira mengambil alih pentas dengan persembahan yang cukup bertenaga sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di auditorium. Fira menyanyikan lagu “Pulangkan” daripada Misha Omar dan “Wind Up” daripada Kat Deluna. Ternyata kesungguhan gadis ini membuahkan hasil apabila dia berjaya mencuri perhatian juri professional apabila Hattan dan Syafinaz masing-masing memuji kesungguhan yang dipamerkan olehnya.

Protege Mas Idayu mengambil tempat terakhir untuk beraksi. Sebaik sahaja Black muncul di pentas, dia mendapat tepukan dan sorakan yang cukup gemurah. Penyokong Black lebih ramai berbanding peserta kegemaran kumpulan A dahulu, Chaq. Black membawa kelainan dengan mendendangkan lagu dalam irama ghazal iaitu “Tasik Utara” / “Cek Mek Molek” / “Hijau”.

Persembahan penutup disertai oleh kesemua protege. Mereka mendendangkan lagu “Bila Aku Sudah Tiada”.

Untuk makluman anda, markah-markah terkumpul terdahulu tidak lagi dikira untuk peringkat separuh akhir. Penyingkiran akan dikira melalui markah yang diperolehi pada malam konsert yang diadili oleh juri awam, juri professional dan undian SMS penonton. Minggu hadapan seorang lagi protege yang akan disingkirkan sebelum konsert akhir pada 12 Julai hadapan.

Adibah, Adibah musik, Adibah video, Adibah foto, Adibah cinta, Adibah berita, Adibah awek, Adibah kontraksi, Adibah Hiburan, Adibah malaysia, Adibah Melayu, Adibah Indon, Adibah Indonesia, Adibah gambar, Adibah cerita, Adibah pilihan, Adibah kl, Adibah bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,A rtisArtis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan