Akademi Fantasia: Claudia dan Aishah Tersingkir

Akademi Fantasia: Claudia dan Aishah Tersingkir,Akademi Fantasia mtv,Akademi Fantasia berita,Akademi Fantasia Web,Akademi Fantasia galeri, Akademi Fantasia foto,Akademi Fantasia portofolio,Akademi Fantasia album, Akademi Fantasia info,Akademi Fantasia filem,Akademi Fantasia terbaru,Akademi Fantasia pos,Akademi Fantasia surat, Akademi Fantasia mail, Akademi Fantasia model,Akademi Fantasia myspace,Akademi Fantasia youtube,Akademi Fantasia facebook, Akademi Fantasia friendster, Akademi Fantasia tagged, Akademi Fantasia hiburan, Akademi Fantasia terkini,

Akademi Fantasia: Claudia dan Aishah Tersingkir

Isma Pengsan

Ismaliza Ismail (Isma) pengsan sebentar selepas konsert minggu kelapan, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) berakhir, semalam ekoran dua rakannya Claudia dan Aishah tersingkir.

Mereka terkeluar daripada kancah persaingan selepas mendapat undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah walaupun peringkat akhir AF7 hanya berbaki dua minggu lagi.

isma-menahan-pilu

Isma, 30, sebelum itu, menangis sambil memeluk erat mereka kerana tidak dapat mengawal emosi selepas pengacara AF7, AC Mizal membuat pengumuman penyingkiran dua rakannya itu di babak akhir konsert itu.

Malah, pada suatu ketika, Isma kelihatan diusung ke bilik rawatan oleh para pekerja dengan ditemani rakan-rakan seperjuangan lain.

2tersingkir_tiara

Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul dalam sidang akhbar sejurus itu berkata, keadaan Isma bagaimanapun tidak serius dan penyanyi itu telah beransur pulih.

“Isma tidak apa-apa. Dia mungkin letih tetapi dia dah boleh cakap dengan kawan-kawannya. Dia okey sekarang,” katanya.

tiara_umum_afmasuk

Sementara itu, Khairul Mizan memberitahu, dari segi peratusan undian SMS yang diterima peserta AF7, Yazid memperolehi 22 peratus diikuti Hafiz (21 peratus), Isma (20 peratus), Akim (14 peratus), Aishah (13 peratus) dan Claudia (11 peratus).

Dengan penyingkiran dua peserta tersebut, peserta lelaki yang kekal ialah Mohd Yazid Kamal Ibrahim, 22, (Johor Bahru), Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, (Sarawak) dan Afiq Hakim Ahmad, 18, (Johor Bahru).

jangannangis1

Peserta, Ismaliza Ismail dari Kuala Lumpur pula merupakan satu-satunya peserta perempuan yang masih meneruskan perjuangan dalam AF7.