Akhil Hayy mengaku Waheeda isterinya!

Akhil Hayy mengaku Waheeda isterinya!,Akhil Hayy mtv,Akhil Hayy berita,Akhil Hayy Web,Akhil Hayy galeri, Akhil Hayy foto,Akhil Hayy portofolio,Akhil Hayy album, Akhil Hayy info, Akhil Hayy filem,Akhil Hayy terbaru,Akhil Hayy pos,Akhil Hayy surat, Akhil Hayy mail, Akhil Hayy model,Akhil Hayy model antarabangsa,Akhil Hayy bergaya,Akhil Hayy badan fit, ,Akhil Hayy terkenal, Akhil Hayy popular, Akhil Hayy myspace,Akhil Hayy youtube,Akhil Hayy facebook, Akhil Hayy friendster, Akhil Hayy tagged, Akhil Hayy yahoo massanger,Akhil Hayy blog,Akhil Hayy menarik, Akhil Hayy unik,Akhil Hayy wajah,Akhil Hayy rahsia,Akhil Hayy biodata,Akhil Hayy hiburan, Akhil Hayy terkini,Akhil Hayy seksi,Akhil Hayy misteri,

Akhil Hayy mengaku Waheeda isterinya!

Setelah sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramai tentang hubungan sebenar mereka, penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy akhirnya membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.

akhil-hayy-mengaku-waheeda-isterinya

Lebih setahun kisah ‘panas’ mereka hebat diperkatakan. Dalam tempohitu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.

Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang ‘status’ mereka itu.

“Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya…tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy (Astro Oasis, Rabu 7.30 malam) untuk musim kedua,” kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui pada majlis pelancaran program itu di Ampang, semalam (30/4).

akhil-hayy-mengaku-waheeda-isterinya-1

Ternyata ‘gimik’ yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan media yang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akan membuat satu ‘pengumuman’ istimewa di situ apatah lagi bila melihat ibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.

Malah, sikap ‘sporting’ yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa ‘pasangan’ ini mungkin sudah bersedia untuk ‘mendedahkan’ status sebenar mereka.