Akhil Hubungi Waheeda Bukan Maiza

Akhil Hubungi Waheeda Bukan Maiza,Waheeda mtv,Waheeda berita,Waheeda Web,Waheeda galeri, Waheeda foto,Waheeda portofolio,Waheeda album, Waheeda info,Waheeda filem,Waheeda terbaru,Waheeda pos,Waheeda surat,Waheeda mail, Waheeda model,Waheeda model antarabangsa, Waheeda bergaya,Waheeda hebat, Waheeda badan fit, ,Waheeda terkenal, Waheeda popular,Waheeda myspace,Waheeda youtube, Waheeda facebook, Waheeda friendster, Waheeda tagged, Waheeda yahoo massanger,Waheeda blog, Waheeda menarik, Waheeda unik,Waheeda wajah, Waheeda rahsia, Waheeda biodata,Waheeda hiburan,Waheeda terkini,Waheeda seksi, Waheeda misteri,

Akhil Hubungi Waheeda Bukan Maiza

“Saya rasa setakat ini saya masih boleh bersabar. Ini hal mereka suami isteri, jadi selesaikanlah sendiri,” luah Waheeda berhubung kontroversi yang melanda dirinya saat ini.

Maizawati dilihat semakin ‘berani’ mengeluarkan kenyataan kepada media tentang masalah yang melanda rumahtangganya itu sehingga dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan penyanyi itu kini apatah lagi Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media.

Kata Maizawati lagi, dia terpaksa mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru dan kes berkaitan perceraiannya dengan Akhil akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

waheedaakhilauuu

“Saya tak ada apa untuk cakapkan lagi. Biarlah saya terus bersabar selagi saya mampu. Apa saja tohmahan orang, saya redha saja.

“Malah, Akhil sendiri ada menghubungi saya ketika hal ini mula tercetus dan minta saya banyak-banyak bersabar. Dia beritahu saya ‘ini bukan urusan kamu Wawa, ini urusan aku. Biar aku yang selesaikan’.

“Alhamdulillah, saya tetap kuat teruskan kehidupan seperti biasa. Keluarga dan kawan-kawan sentiasa tidak putus memberikan sokongan.

“Tapi seperti yang saya pernah katakan, setiap orang ada tahap kesabarannya. Jadi, biarlah dia (Maiza) nak cakap apapun sekarang ini.

“Cuma, saya juga ada hati dan perasaan. Jangan sampai saya terpaksa buka mulut lagi,” kata Waheeda yang menambah, dia sendiri tidak tahu di mana Akhil berada ketika ini.

Ditanya sama ada dia sebenarnya tidak terlepas berasa tertekan gara-gara kontroversi itu, dalam nada perlahan, Waheeda menjawab:

“Saya serah kepada Allah. Hanya itu yang terbaik boleh saya katakan.”

Lain yang jadinya pula, apabila Maiza mengeluarkan kenyataan ini sebelumnya:

“Bagi saya, selepas saya sudah nekad membuat keputusan untuk ke mahkamah, jadi saya tak perlu hubungi dia lagi,” ulasnya yang pernah menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) buat kali terakhir selepas mereka berunding pada Februari lalu.

Jelasnya, “Memang saya terpaksa membuat perbincangan menerusi SMS disebabkan mungkin Ustaz (Akhil) sedang sibuk untuk berbincang tentang apakah masalah yang mereka hadapi setelah saya memberi keizinan itu (untuk berkahwin).” -mStar