Anne Tinggalkan HOT FM, Ikut Suami Ke Doha Untuk 5 Tahun

Anne Tinggalkan HOT FM, Ikut Suami Ke Doha Untuk 5 Tahun

Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli atau Anne merupakan penyampai radio Hot FM dilahirkan pada 11 Januari 1981 dan berasal dari Taiping, Perak.

Ann mula menjadi penyampai radio Hot FM pada 1 September 2006

Anak bongsu dua beradik ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Ketika Anne masih menuntut, dia sudah pun terjun ke dunia penyiaran apabila menjadi pengacara rancangan kanak-kanak, Hugo di ntv7 selama satu setengah tahun dan ketika itu Ann berusia 19 tahun.

Namun, Anne terpaksa meninggalkkan program rancangan Hugo demi untuk menfokuskan pada pelajaran ketika menuntut.

Seterusnya dia mendalami dunia penyiaran apabila berhijrah ke Astro sebagai penulis skrip Salaam Bollywood selama lima bulan. Ketika itu pengacaranya ialah Sharifah Amani.

Tidak lama selepas itu Ann menimba pengalaman di TV9 pula sebagai penolong penerbit rancangan Kompas dan Seputar Malaysia selama enam bulan.

Selepas berjinak-jinak dengan dunia penyiaran, Ann melebarkan sayapnya ke konti radio apabila bergelar penyampai radio di Red FM 104.9 mengendalikan segmen Red X-press.

Ketika itu teman seperjuangannya ialah pelakon remaja, Raja Farah dan bintang Akademi Fantasia 2 (AF2) , Anding.

20 Ogos ini adalah hari terakhir Anne atau nama sebenarnya Putri Andreanna Syigim Mohd Razalli bertugas di HOT FM. Anne akan mengikut dan menemani suaminya, Nik Mahathir Zainuddin ke Doha selama 5 tahun.

Kami sebenarnya cukup kagum dengan Anne yang begitu nekad untuk memakai tudung bermula 12 Julai yang lalu. Tak kecoh apa-apa tup-tup datang ofis bertudung.

Dan sebenarnya memang Anne lebih comel dan cute memakai tudung. Beruntung suami Anne dapat isteri yang sebaik ini.

Buat Anne, kami doakan kejayaan anda di Doha kelak. Kami bangga dengan keputusan anda untuk menemani suami anda. Itulah satu keputusan yang tepat bagi kami.

Suami adalah nombor 1. Jangan kerana ingin mengejar kerjaya sampai kebajikan suami terlupa. Tahniah kerana membuat satu keputusan yang tepat.

All the best buat Anne dan suami di Doha kelak.

Putri Andreanna, Putri Andreanna foto, Putri Andreanna web, Putri Andreanna info, Putri Andreanna maklumat, Putri Andreanna hiburan, Putri Andreanna misteri, Putri Andreanna berita, Putri Andreanna bio, Putri Andreanna malaysia, Putri Andreanna kawan, Putri Andreanna artis, Putri Andreanna bf1, Putri Andreanna model,Putri Andreanna dunia