Anuar Zain – Sesucinya Cinta Mu

Anuar Zain – Sesucinya Cinta Mu, Anuar Zain musik, Anuar Zain mtv, Anuar Zain berita, Anuar Zain Web, Anuar Zain galeri, Anuar Zain foto, Anuar Zain portofolio, Anuar Zain album, Anuar Zain info, Anuar Zain filem, Anuar Zain terbaru, Anuar Zain pos, Anuar Zain surat, Anuar Zain mail.

Anuar Zain – Sesucinya Cinta Mu

[media id=93 width=500 height=400]

49


Bila ada orang menyebut Shahrul Anuar, tidak ramai yang mengenali si empunya badan. Namun apabila nama Anuar Zain disebut-sebut, ramai yang menoleh, malah ramai yang mengenali jejaka laris ini.

Anuar Zain dilahirkan pada 15 Februari 1970. Anuar Zain memulakan karier sebagai penyanyi dan penghibur sejak di bangku sekolah lagi. Pada awal usia kanak-kanaknya, Anuar Zain telah mampu pergi jauh mencipta nama besar di dalam industri muzik negara. Bergandingan dengan rakan seperjuangan Elina, mereka kemudiannya berjaya menjulang lagu yang masih melekat di ingatan semua orang, Kain Pelikat.

Berkat keindahan lagu Kain Pelikat, Anuar dan Elina melangkah lebih jauh lagi di dalam bidang nyanyian sehinggalah mereka remaja. Salah satu lagu popular di usia remaja mereka adalah Kesan Kelukaan. Lagu ini masih lagi berkumandang di corong radio Singapura. Lunak suara dan mantapnya gandingan mereka membuahkan hasil yang baik. Nama Anuar Zain dan Elina sentiasa meniti di bibir masyarakat, di antara penyanyi duet yang berjaya ketika itu. Namun entah kerana apa, gandingan mereka menyepi dan terus menyepi setelah bertahun-tahun bersama.

Anuar Zain kemudiannya mengambil keputusan membawa haluan diri dengan menyertai Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai Peramugara. Luasnya pengalaman Anuar bersama MAS, begitu juga luasnya peluang untuk Anuar memulakan semula langkah yang terhenti. Sesekali memenuhi undangan nyanyian jika ada kelapangan membuatkan Anuar terfikir untuk kembali ke dunia seni hiburan. Berkat keazaman Anuar, dan rindu yang mencengkam terhadap bidang nyanyian, mempertemukan Anuar dengan peluang yang dinanti-nantikan selama ini.

Anuar memulakan langkah pertama dengan menandatangani kontrak bersama Warner Music Malaysia, dan berjaya menghasilkan sebuah album yang berpotensi besar untuk menakluk industri yang berlabelkan namanya sendiri ‘ANUAR ZAIN’. Setelah sepuluh tahun menyepikan diri, album pertama yang muncul pada tahun 1998 boleh dikatakan sebagai ‘come back’ Anuar Zain ke dalam industri seni yang penuh cabaran. Memuatkan lagu-lagu berirama segar seperti ‘ Bila Resah, Tangisan Naluri Jangan Bersedih Lagi dan Musim Berlalu, berjaya menaikkan semula nama Anuar Zain di dalam industri seni. Namanya mula bermain di bibir para peminat dan pendengar. Pendengar yang dewasa bersama Anuar Zain, mula teringat kembali detik-detik awal pembabitan Anuar di dalam industri.