Apa impak Shout! Awards?

hi_02.1

Apa impak Shout! Awards?

PERTAMA kali dianjurkan, Shout! Awards 2009 yang diilhamkan oleh 8TV boleh dikatakan berlangsung dengan jayanya pada malam Jumaat lalu. Mencapai objektif dan matlamat utama, Shout! Awards menepati ‘janji-janjinya’ dengan menyaksikan kemenangan bertumpu kepada mereka yang berjaya mencipta revolusi dalam industri hiburan.

Merangkumi sektor radio, TV dan filem, Shout! Awards tampil urban dan menjadi satu-satunya majlis anugerah tempatan yang diadakan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Perbezaan dari segi persembahan, kategori anugerah, penglibatan artis dan konsep menjadikan Shout! Awards unik secara total.

Namun, di sebalik kemenangan yang diundi 100 peratus oleh peminat menerusi SMS dan online, ada suara sumbang yang menyatakan senarai pemenang anugerah itu lebih memihak kepada produk sendiri atau mereka yang berada di bawah payung Media Prima Berhad.

Melihat senarai pemenang, sembilan daripada 16 pemenang didominasi oleh mereka yang mempunyai kaitan dengan Media Prima. Memang diakui senarai calon yang berjaya ke peringkat undian bukan terletak di dalam bidang kuasa 8TV tetapi pemilihannya dilihat belum cukup menyeluruh.

Mungkin ini percubaan sulung 8TV dan ramai pihak belum memahami mekanisme penganugerahan itu. Tidak kurang juga kerana stesen lain yang masih belum cukup ‘terbuka’ untuk bertanding sama. Maka, tidak hairan situasi sebegitu timbul sehingga melahirkan ramai pemenang ‘sendiri’.

“Tidak kisah apa yang mereka ingin katakan mengenai senarai pemenang. Asalkan kami (8TV) telah melakukan penganugerahan itu dengan adil. Lagipun melihat senarai pemenang, bukannya semua dimenangi Media Prima. Contohnya seperti stesen radio Astro, Hitz.FM menang satu kategori.

“Situasi ini berlaku mungkin kerana banyak pencalonan yang dihantar adalah produk Media Prima. Lagipun mungkin kerana 8TV mempunyai banyak produk urban seperti yang dikehendaki dalam majlis ini, jadi kemenangan lebih berpihak kepada kami.

“Namun, kami telah lakukan yang terbaik dan berharap pada masa akan datang ada stesen TV lain yang akan menyertai kami dengan menghasilkan lebih banyak produk-produk kreatif,” kata Ketua Pegawai Eksekutif 8TV Ahmad Izham Omar ketika ditemui selepas majlis berlangsung.

impak, impak musik, impak video, impak foto, impak cinta, impak berita, impak awek, impak kontraksi, impak Hiburan, impak malaysia, impak Melayu, impak Indon, impak Indonesia, impak gambar, impak cerita, impak pilihan, impak kl, impak bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan