Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim, Sembunyi-sembunyi Bercinta

Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim Artist, Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim lagu,Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim musik, Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim mtv, Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim berita, Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim Web,Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim galeri, Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim foto,Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim portofolio,Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim album,Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim info,Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim film,Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim terbaru,Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim pos,Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim surat,Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim

Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim, Sembunyi-sembunyi Bercinta

ashraf2qi7

Berbanding pasangan artis lain yang sedang bercinta, Ashraf Muslim (28) dan buah hatinya, Sherry Ibrahim (25) pandai menyembunyikan hubungan intim mereka daripada pengetahuan media walaupun sedang muncul berdua dalam pelbagai majlis hiburan sebelum ini. Malah, tidak banyak kisah percintaan mereka dipaparkan akhbar dan majalah hiburan di negara ini, sebaliknya tumpuan lebih berkisarkan perjalanan seni masing-masing.

Sambil berterima kasih kepada pengurus peribadinya, Meor Shariman kerana banyak membimbingnya, Ashraf mengakui, cukup senang dengan keadaan itu kerana menganggap boleh mengecapi populariti menerusi aksinya di kaca TV mahupun pentas teater, bukannya kisah cinta sensasi.

“Sebenarnya, saya lebih suka orang memperkatakan lakonan saya dalam sesuatu drama ataupun teater, bukan kisah peribadi saya. Jika anda perhatikan, jarang saya bercerita mengenai kehidupan peribadi, termasuk percintaan saya melainkan kalau ditanya (wartawan). Saya seboleh-bolehnya mengelak bercerita fasal hal ini kerana lebih suka bercerita soal kerjaya. Syukurlah, pengurus saya berpengalaman luas dalam bidang media. Dia banyak menasihati apa yang patutnya diceritakan kepada media, cerita apa yang patut didiamkan,” katanya.

Ashraf juga berkata, beliau dan buah hatinya itu lebih suka bersikap `low profile’ jika tiada apa-apa perkembangan terbaru mengenai diri mahupun karier seni mereka kerana menganggap publisiti berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif terhadap diri masing-masing.

“Kita sebagai manusia tidak boleh lari dari sifat cuai dan melakukan kesilapan. Kami bimbang kalau cerita berlebih-lebihan nanti, bimbang cerita tidak baik pula yang keluar sedangkan kita melakukan sesuatu yang betul,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak kisah masyarakat mengetahui kisah peribadinya, sesuai dengan kedudukan seseorang selebriti, termasuk pelakon yang dimiliki masyarakat.

Sherry pula memberitahu mereka saling mengingatkan diri masing-masing supaya bijak menjaga tingkah laku, sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pelakon popular, dengan setiap gerak geri sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.

“Alhamdulillah, tiada cerita negatif mengenai kami keluar bersama setakat ini. Yang penting, kita perlu menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit. Mesti jujur pada diri dan orang sekeliling, selain sentiasa ikhlas melakukan sesuatu kerja,” katanya.