Awas, Diana Danielle Ratu M-16!

Awas, Diana Danielle Ratu M-16!,Diana Danielle  mtv,Diana Danielle berita,Diana Danielle Web,Diana Danielle galeri, Diana Danielle foto,Diana Danielle portofolio,Diana Danielle album, Diana Danielle info,Diana Danielle filem,Diana Danielle terbaru,Diana Danielle pos,Diana Danielle surat, Diana Daniellemail, Diana Danielle model,Diana Danielle model antarabangsa,Diana Danielle bergaya,Diana Danielle terkenal, Diana Danielle popular,Diana Danielle myspace,Diana Danielle youtube,Diana Danielle  facebook, Diana Danielle friendster,Diana Danielle tagged,Diana Danielle yahoo massanger,Diana Danielle blog,Diana Danielle menarik, Diana Danielle unik,Diana Danielle wajah,Diana Danielle rahsia,Diana Danielle biodata,Diana Danielle hiburan,Diana Danielle terkini,Diana Danielleseksi,Diana Danielle misteri,

Awas, Diana Danielle Ratu M-16!

572009_dianaa

KL, 7 MEI 2009: Bangga rasanya Murai Batu mendengar pengakuan bersemangat pelakon cantik Diana Danielle, 18, tentang Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang sedang disertainya sekarang.
Ini disebabkan Diana telah berjaya menepis tanggapan bahawa dia kononnya cuba mengelak daripada menyertai program yang diwajibkan ke atas remaja Malaysia yang layak hanya kerana dia seorang pelakon yang bersikap mengada-ngada dan buat-buat sibuk.
Namun tanggapan itu semua nyata salah kerana selepas beberapa minggu berada di Kem Princess Haliza, Sepang, Selangor, Dianalah pelajar perempuan paling aktif dan bersemangat malah sekarang terasa berat kaki hendak melangkah keluar dari kem itu.
“Kalau dulu Diana sedih nak tinggalkan ibu dan risau akan jadi mangsa buli, sekarang keadaannya dah terbalik sama sekali. Diana tentu akan menangis pula kalau sampai masa habisnya PLKN.

“Diana tak pernah sangka PKLN sungguh menyeronokkan, mencabar dan benar-benar mengubah pemikiran Diana. Di kem itu, Diana diajar tentang disiplin dan mendapat ramai kawan-kawan baru yang semuanya sungguh rapat dengan Diana. Tak tahulah Diana macam mana nanti kami hendak berpisah,” katanya kepada Murai Batu, baru-baru ini.
Terbukti Diana bukan sekadar gadis manja di PLKN kerana dia diberi tugas sebagai Timbalan Penghulu Wirawati di kem itu. Lebih hebat, Murai Batu dimaklumkan Diana juga telah mendapat markah tertinggi bagi ujian menembak dengan senjata M-16 ketika sesi paling mencabar itu berlangsung di Bukit Jugra, Banting, minggu lepas.
Bagi Murai Batu pencapaian Diana itu bukanlah satu propaan kerana ujian itu dibuat di lokasi terbuka dengan pengawasan pihak tentera ke atas semua peserta. Jadi awas, selepas ini jangan ada siapa-siapa cuba membuli Diana sebab jiwanya semakin kental dan berani! Hahaha, jangan marah… Murai Batu hanya mengusik saja.
Sebenarnya bukan saja Diana, 2 lagi artis remaja lain turut menyertai PLKN di kem yang sama iaitu Suki OIAM, 20, dan Aliff OIAM, 19. Mereka pun turut seronok dan berpuas hati mengikuti segala program yang telah disusun sejak awal lagi. Kata mereka, tiada layanan istimewa diberikan kepada mereka bertiga kerana di PLKN, semua orang sama rata. Baguslah dan tahniah  diucapkan!