Bekas Kekasih Ajai Dedah Rahsia Besar

Bekas Kekasih Ajai Dedah Rahsia Besar ,Ajai  mtv,Ajai  berita,Ajai  Web,Ajai  galeri, Ajai  foto,Ajai  portofolio,Ajai  album, Ajai  info,Ajai  filem,Ajai  terbaru,Ajai  pos,Ajai  surat, Ajai  mail, Ajai  model,Ajai  model antarabangsa,Ajai  bergaya,Ajai  terkenal, Ajai  popular, Ajai  myspace,Ajai  youtube,Ajai  facebook, Ajai  friendster,Ajai tagged,Ajai  yahoo massanger,Ajai  blog,Ajai  menarik, Ajai  unik,Ajai wajah,Ajai  rahsia,Ajai  biodata,Ajai  hiburan,Ajai  terkini,Misha Omar seksi,Ajai  misteri,

Bekas Kekasih Ajai Dedah Rahsia Besar

Jika anda membaca akhbar sisipan Bintang Popular Ahad lalu, pasti anda ada membaca kisah terbaru Mohd. Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Ajai.

Bukan berita mengumumkan yang dia akan bernikah dengan kekasih hatinya Norliza Ilias (bekas Ketua Pengurusan Artis dan Bakat, Maestro Talent & Management), tetapi kisah yang dipaparkan adalah rentetan daripada gosip yang pernah melanda komposer itu.

Bezanya kali ini, gadis yang berpelukan mesra dengan Ajai itu tampil membuat pengakuan yang mereka sebenarnya memang ‘menyulam kasih’ tidak lama dulu. Kenyataan ini nyata bercanggah dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Ajai sebelum ini. Menurut Ajai, dia memang mengenali gadis itu dan hubungan mereka hanyalah setakat kawan biasa.

Ahad lalu, Ajai yang ditemui selepas konsert ‘Mentor’ diminta mengulas tentang laporan tersebut memandangkan gadis itu berani bersemuka dengan wartawan untuk menceritakan ‘hubungan cinta’ mereka.

Tanpa banyak dalih, Ajai menafikan semua cerita yang disampaikan oleh gadis yang bernama Sharifah Nor Idayu Syed Abdul Rahman, 22, yang merupakan seorang model dan pelakon baru.

“Saya anggap cerita ini sebagai sebahagian hal peribadi dan tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang perkara ini. Bagi saya wanita itu sengaja mahu ambil kesempatan untuk tumpang populariti. Sebab itu dia tidak habis-habis bercerita tentang perkara ini. Memang saya mengenali dia, tetapi saya tiada sebarang hubungan istimewa dengan dia. Mungkin dia yang tersalah anggap.”

Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap gadis itu, Ajai memberitahu dia tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang selagi ia tidak menjejaskan maruahnya.

“Selagi perkara ini tidak menjejaskan maruah saya, saya tidak akan ambil sebarang tindakan. Tapi kalau dia melakukan sesuatu yang melampaui batas nanti, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Apa yang hendak saya katakan di sini ialah jangan cari populariti dengan buat publisiti murahan,” jelas Ajai yang turut menafikan dia pernah membuat panggilan video atau MMS kepada gadis itu. -Gua

Dan ini diantara foto-foto aksi Ajai berpelukkan dengan gadis yang MUNGKIN dimaksudkan.

ajai

ajai1

ajai2

ajai4