Belum Rezeki Mawi-Ekin Timang Anak

Belum Rezeki Mawi-Ekin Timang Anak, Mawi-Ekin musik, Mawi-Ekin mtv, Mawi-Ekin berita, Mawi-Ekin Web, Mawi-Ekin galeri, Mawi-Ekin foto, Mawi-Ekin portofolio, Mawi-Ekin album, Mawi-Ekin info, Mawi-Ekin filem, Mawi-Ekin terbaru, Mawi-Ekin pos, Mawi-Ekin surat, Mawi-Ekin mail.

Belum Rezeki Mawi-Ekin Timang Anak

3182009_gosmawikina

KL, 18 MAC 2009:  Kalau sesuatu pasangan itu dah berkahwin, tentu impian seterusnya adalah mahu timang anak. Tapi simpati pula Murai Batu pada Mawi & Ekin kerana hajat untuk timang anak cepat-cepat belum kesampaian kerana Ekin telah keguguran selepas mereka pulang dari bulan madu di Korea Selatan, hujung Januari lalu.

Kalau ikut perkiraan, Ekin, 30, mungkin juga bunting pelamin, tapi Ekin tak sangka pendarahan luar biasa yang terjadi ke atas dirinya baru-baru ini rupanya satu keguguran.

“Nak buat macam mana, belum ada rezeki. Selepas ke klinik, baru doktor sahkan pendarahan itu datang daripada janin dalam kandungan Ekin. Doktor cakap Ekin terlalu aktif dan stress. Kandungan Ekin ketika itu baru berusia 3 minggu,” kata Ekin. Bagi Mawi, dia sendiri menerima kejadian itu sebagai ketentuan Tuhan. Mawi juga mendengar nasihat doktor agar Ekin tidak membuat kerja-kerja yang terlalu lasak.

“Saya memang dah bersedia nak jadi ayah, tapi kenalah bersabar dulu,” kata Mawi yang semakin tembam, berbeza dengan Ekin yang agak susut.

Dalam pada itu, saham mereka berdua masih tinggi kerana diberi peluang menjadi pasangan penyampai trofi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08) di Genting Highlands, pada 12 April depan. Jadi peminat mereka kenalah panjat gunung Genting atau tunggu depan kaca TV pada hari itu.

Kita juga nak tengok bagaimana keputusannya apabila Mawi berentap dengan Aizat dan Rocker Otai, Amy Search dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular. Mampukah Mawi mempertahankan gelaran Bintang Paling Popular? Tunggu…