Melodi Didakwa Manipulasi Laporan?

Melodi,Melodi Artist, Melodi lagu,Melodi musik, Melodi mtv, Melodi berita, Melodi Web,Melodi galeri, Melodi foto,Melodi portofolio,Melodi,Melodi album,Melodi info,Melodi film,Melodi terbaru,Melodi pos,Melodi surat,Melodi

Melodi Didakwa Manipulasi Laporan?

11172008_michellmelodia

KUALA LUMPUR, 17 NOV 2008: Satu sidang media tergempar telah diadakan di pejabat Beyond Events Sdn Bhd awal pagi tadi bagi menjelaskan keadaan sebenar tentang kekecohan yang berlaku ketika majlis resepsi Ashraf Daniel Sinclair, 29, dan Bunga Citra Lestari Sinclair, 25, yang berlangsung di Hotel The Saujana, Kuala Lumpur, Jumaat lalu. Kekecohan tersebut dikatakan timbul apabila pihak wartawan tempatan kononnya mengeluh apabila terpaksa menunggu lama untuk mewawancara Ashraf dan Bunga sepanjang majlis tersebut diadakan.
Bukan setakat itu saja, majlis persandingan itu juga digambarkan sebagai bermasalah apabila kononnya wujudnya pertengkaran antara Bunga dan Ashraf. Malah, Bunga juga digambarkan seolah-olah menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pihak media tempatan. Laporan berita tersebut telah pun dipaparkan dalam program Melodi , Ahad lalu. Segmen liputan persandingan Ashraf dan Bunga di majlis itu telah dikendalikan oleh wartawan Michelle Wee.

Kesan daripada laporan berita tersebut, ia bukan saja telah mengguriskan perasaan Ashraf dan Bunga yang sepatutnya melalui detik-detik yang cukup manis dan indah di majlis persandingan mereka, tetapi juga mewujudkan tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap pihak media Malaysia. Kebanyakannya menganggap bahawa pihak media di Malaysia sebagai mengada-ngada dan mahukan layanan Kelas A seperti VIP. Berita tentang perlakuan pihak media Malaysia ini turut dilaporkan oleh pihak media di Indonesia. Ekoran daripada itu, pihak Beyond Events selalu pihak yang mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan kerjaya seni Ashraf terpaksa mengadakan sidang media berkenaan bagi menjelaskan keadaan sebenar. Pengurus Besar Beyond Events Sdn Bhd , Amin Hussein, berkata pihaknya tidak menafikan memang wujud sedikit masalah ketika majlis resepsi Ashraf dan Bunga pada hari tersebut. “Tapi, masalah itu adalah masalah yang berkaitan dengan dalaman saja dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak media langsung yang mana Bunga mempunyai entourage seramai 30 orang. Kesemua entourage Bunga temasuklah ibu bapanya telah ditempatkan di hotel yang berbeza dan sebuah bas telah disediakan untuk membawa mereka pergi dan pulang. “Apa yang terjadi pada malam itu, pemandu tersebut tidak mahu tunggu dan berkeras mahu pulang pada tempoh yang ditetapkan sedangkan kesemua mereka belum lagi bergambar dengan Ashraf dan Bunga. “Keadaan ini telah menimbulkan dilema. Ashraf sanggup memberikan bayaran tambahan kepada pemandu itu untuk meminta dia menunggu lebih masa lagi iaitu sekitar 15 hingga 30 minit. Tapi Bunga pula tidak setuju kerana berasakan bayaran itu tidak perlu. Lagipun apa salahnya kalau pemandu itu menunggu sekejap. Jadi, kita terpaksa membawa entourage Bunga dulu untuk pulang. “Hal itu membuatkan Bunga rasa sedikit kecewa kerana tidak dapat menghabiskan waktu yang lama bersama ibu bapanya di majlis itu,” katanya.