Bienda Terus Berlakon

Bienda Terus Berlakon

Biarpun mengalami alahan teruk sehingga hari ini, Bienda tidak merancang untuk berehat daripada menerima sebarang tawaran berlakon atau mengacara sehingga usia kandungannya mencecah sembilan bulan.

Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli yang sudah hamil empat bulan berharap akan terus menerima tawaran berlakon.

Anak kepada penyanyi Sheeda ini mengakui selektif memilih watak kerana tidak mahu mengambil risiko ke atas kandungan pertamanya itu.

“Buat masa ini saya terpaksa berehat dahulu memandangkan keadaan saya kurang sihat. Alahan yang saya hadapi sangat teruk menyebabkan berat saya turun secara mendadak. Selepas menerima rawatan, kini saya semakin sihat. InsyaAllah dalam dua minggu lagi saya boleh kembali berlakon mahupun mengacara sekiranya kesihatan mengizinkan” katanya ketika dihubungi Zass semalam.

“Saya rasa kekok duduk di rumah lama-lama. Rasa bosan pun ada. Apabila menonton televisyen, rasa cemburu tengok pelakon lain dan saya hanya duduk sahaja. Kerana itu saya berazam untuk terus aktif walaupun dapat berlakon beberapa babak sahaja” katanya.

Biarpun jadual kerjayanya sudah tidak seperti dahulu lagi, Bienda tetap mendapat sokongan suaminya untuk terus aktif.

“Saya pernah berhasrat untuk tidak terlalu aktif demi menjaga kandungan pertama ini. Tapi, saya rindu untuk ke lokasi dan berlakon. Kerana itu, saya tekad untuk aktif semula. Dalam masa sama, ia juga seperti senaman untuk saya. Lagipun, suami memberi keizinan kepada saya” katanya.

Mengakui teruja merasai nikmat menjadi seorang ibu, Bienda berharap dirinya akan beransur sihat dan dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti sedia kala.

Bienda, Terus, Berlakon, mengalami, Bienda, merancang, berehat, menerima, tawaran, berlakon, mengacara, usia, mencecah, sembilan, bulan, Nor Razlinda Razli, hamil, empat, bulan, berharap,  menerima, tawaran, berlakon, Anak, penyanyi, Sheeda, mengakui, selektif, watak, mengambil, risiko, kandungan, pertamanya, senaman, suami, keizinan, aktiviti, beransur, sihat, artis melayu, artis malaysia, hiburan tempatan, artis wanita, hiburan terkini, artis cantik, hiburan asia, artis foto, artis gambar