Category Archives: Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza – Satu Rasa, Satu Perjalanan, Satu Cerita

Siti Nurhaliza

[media id=193 width=500 height=400]

Siti Nurhaliza: Satu Rasa, Satu Perjalanan, Satu Cerita

Puas – itu sahaja ungkapan yang dapat menceritakan perjalanan konsert ‘Satu’ Dato’ Siti Nurhaliza yang berlangsung di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Jun. Kekuatan vokal serta tarian yang dipersembahkan menjadi pengubat rindu peminat setia yang telah lama menanti konsert solo penyanyi nombor satu negara ini.

Konsert ‘Satu’ berjalan dengan begitu baik sekali hasil usaha tenaga produksi yang tidak henti bekerja selama sebulan demi merealisasikan impian diva kesayangan ramai yang sangat menginginkan persembahan ala Celine Dion di Las Vegas.

“Siti puas hati dengan apa yang telah dipersembahkan. Komitmen tenaga kerja terdiri daripada penari, pemuzik, jurulampu, juruaudio, pereka set serta semua yang terlibat telah menjalankan kerja masing-masing sebaik mungkin. Kita telah bekerja keras mempersembahkan yang terbaik dengan apa yang ada dan termampu untuk konsert ini,” katanya selepas konsert.

Mengakui masa sebulan yang ada tidak mencukupi untuk sebuah konsert besar seperti di Istana Budaya, dia dan tenaga kerja telah berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik dan termampu demi peminat yang begitu mengharapkan buah tangan daripadanya.

‘Satu’ Siti Nurhaliza bukan hanya persembahan vokal semata-mata, sebaliknya penyanyi ini mahu peminatnya bersama-sama menghayati perjalanan seni dan emosi yang dilaluinya selama ini.

“Siti ingin menonjolkan satu perjalanan, satu rasa serta berkongsi pengalaman dengan peminat-peminat. Perjalanan hidup Siti ada antaranya ditulis dalam lagu dan lagu-lagu itu pula ada yang ditulis komposer, ada juga garapan Siti sendiri. Kisah inilah yang ingin Siti kongsikan bersama peminat melalui ‘Satu’ dan menyorot perjalanan karier Siti sepanjang 14 tahun ini,” terang isteri Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini mengenai mesej konsert ‘Satu’.

Bersama karoegrafer, Pat Ibrahim, Siti sedaya upaya menjadikan konsert ‘Satu’ lain daripada konsert tempatan sedia ada. Tanpa gimik keterlaluan seperti aksi terbang, itu bukan bermakna dia meminimumkan penggunaan kemudahan tempat secanggih Istana Budaya. Props, visual, lampu dan tarian yang mengiringi persembahan penyanyi ini cukup hebat untuk sebuah persembahan anak watan.

Malah, Siti mengakui sejak dulu lagi mengimpikan persembahan hebat di Istana Budaya untuk membezakan persembahan lain yang pernah dijayakannya.

“Sudah lama sebenarnya Siti teringin beraksi di sini. Pelbagai kemudahan canggih ada di sini dan inilah satu-satunya cara untuk peminat melihat persembahan berbeza Siti Nurhaliza,” tambahnya.

Sebanyak 33 lagu dipersembahkan secara medley dan lagu penuh dalam beberapa segmen. Sememangnya percaturan yang dilakukan Siti dan Pat Ibrahim tepat kerana penonton tidak sedikitpun bosan dan konsert berlangsung dengan baik tanpa sebarang persembahan meleret.

Sepanjang tempoh dua jam 15 minit itu juga, peminat meyaksikan Siti meyanyi dan menari tanpa rasa canggung. Kematangan Siti cukup dirasai ketika dia berinteraksi bersama penonton dengan begitu bersahaja.

Walau sudah bergelar diva, Siti tetap merasai kesukaran dan debaran ketika dipentas terutamanya apabila menyanyi sambil berjalan dengan leretan kain sepanjang 80 meter.

“Segmen Siti memakai pakaian Jepun membawa maksud fasa karier seni Siti sudah melangkau ke luar negara. Malah ketika segmen itu juga, kesukaran amat dirasai kerana Siti perlu berjalan seperti wanita Jepun dan dalam masa sama perlu mengawal suara. Segmen paling Siti gemari adalah ketika menyanyikan lagu “Dialah Dihati”. Melalui lagu itu, Siti dapat melontarkan seluruh tenaga untuk menyanyikan pengakhiran lagu itu dalam nada tinggi,” katanya.

Selama tiga hari peminat Siti dapat menyaksikan penyanyi kesayangan mereka beraksi di pentas Istana Budaya melalui konsert amal bernilai lebih RM1 juta tajaan Maxis dan Yayasan Nurjiwa serta sumbangan beberapa individu yang sudi menghulurkan bantuan.

Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza musik, Siti Nurhaliza video, Siti Nurhaliza foto, Siti Nurhaliza cinta, Siti Nurhaliza berita, Siti Nurhaliza awek, Siti Nurhaliza kontraksi, Siti Nurhaliza Hiburan, Siti Nurhaliza malaysia, Siti Nurhaliza Melayu, Siti Nurhaliza Indon, Siti Nurhaliza Indonesia, Siti Nurhaliza gambar, Siti Nurhaliza cerita, Siti Nurhaliza pilihan, Siti Nurhaliza kl, Siti Nurhaliza bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,A rtisArtis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan