Esha dampingi Emraan

Esha dampingi Emraan

ESHA GUPTA yang selama ini terkenal di India sebagai model bertaraf gred A kini bakal menceburi bidang perfileman di Bollywood dan filem sulung lakonannya yang berjudul, Informer bakal menggandingkannya dengan aktor Emraan Hashmi.

Menurut sumber, pada mulanya karakter tersebut telah ditawarkan kepada aktres Prachi Desai tetapi Prachi khabarnya tidak pasti mahu berlakon dalam filem yang mempunyai banyak babak erotik apatah lagi bergandingan dengan Emraan yang dikenali dengan gelaran Raja Pencium Bersiri Bollywood itu.

Apabila Prachi akhirnya menolak tawaran tersebut, penerbit filem itu Mahesh Bhat dan pengarahnya, Kunal Deshmukh kemudian melakukan uji bakat terhadap Esha dan mendapati dia sangat bersesuaian dengan watak tersebut.

“Kunal mendapati Esha menepati ciri-ciri karakter tersebut yang merupakan bukan gadis tipikal yang boleh dimanipulasi sesuka hati oleh lelaki. Itu ciri paling utama perlu ada karakter utama filem Informer dan Esha ternyata memilikinya”.

Esha, dampingi, Emraan, ESHA GUPTA, selama, terkenal, India, model, bertaraf, gred A, kini, bakal, menceburi, bidang, perfileman, Bollywood, filem, sulung, lakonan, berjudul, Informer, bakal, menggandingkannya, aktor, Emraan Hashmi, sumber, karakter, ditawarkan, aktres, Prachi, Desai, berlakon, filem, babak, erotik, bergandingann, Emraan, gelaran, Raja, Pencium, Bersiri, Bollywood, penerbit, filem, Mahesh Bhat, pengarah, Kunal Deshmukh, filem, Informer, Esha, artis bollywood, hiburan artis, artis wanita, gambar artis, galeri artis, foto artis, artis wanita seksi