Farah AF2 Mula Belajar Bertudung

Farah AF2 Mula Belajar Bertudung,Anggun mtv,Farah AF2 berita,Farah AF2 Web,Farah AF2 galeri, Farah AF2 foto, Farah AF2 portofolio, Farah AF2 album, Farah AF2 info, Farah AF2 filem,Farah AF2 terbaru, Farah AF2 pos,Farah AF2 surat, Farah AF2 mail, Farah AF2 model, Farah AF2 model antarabangsa, Farah AF2 bergaya, Farah AF2 hebat, Farah AF2 badan fit, ,Farah AF2 terkenal, Farah AF2 popular, Farah AF2 myspace,Farah AF2 youtube, Farah AF2 facebook, Farah AF2 friendster, Farah AF2 tagged, Farah AF2 yahoo massanger,Farah AF2 blog, Farah AF2 menarik, Farah AF2 unik,Farah AF2 wajah, Farah AF2 rahsia, Farah AF2 biodata, Farah AF2 hiburan, Farah AF2 terkini,Farah AF2 seksi, Farah AF2 misteri,

Farah AF2 Mula Belajar Bertudung

Bukan tidak terdetik di hatinya untuk bertudung seperti dituntut agama Islam. Malah, kata bintang yang dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Farah Diana Anuar, 24, dia juga menyimpan hasrat untuk bertudung apabila sampai masanya nanti.

farahaf2

“Sebenarnya, bertudung bukan perkara asing buat saya kerana kakak dan emak juga bertudung. Masa sekolah dulu saya bertudung, malah memakai tudung apabila menjayakan majlis keagamaan di kampung pada Aidilfitri dan marhaban di Astro serta Hafazan al-Quran di RTM.

“Tidak mustahil, saya bertudung satu hari nanti terutama apabila usia semakin meningkat kerana ia juga fasa kehidupan yang perlu ditempuhi semua orang.

“Tapi saya tidak mahu bertudung sebab terpaksa atau dipaksa orang lain. Soal bertudung ini bukan perkara main-main dan saya tidak mahu apabila bertudung, tetapi masih melakukan perkara dilarang agama.

farahaf2b

“Pada masa sama, tidak mahu bertudung sebab fesyen kerana bagi saya soal menutup aurat ini bukan perkara yang boleh diperlekehkan.

“Saya juga perlu benar-benar bersedia sebelum memutuskan untuk memakai tudung sepenuhnya nanti. Saya tidak mahu sekejap pakai, sekejap buka tudung kerana ia seolah-olah mempermainkan perintah agama,” katanya.

farahaf2c

Kata Farah, jika bertudung nanti biarlah ia dengan keikhlasan hatinya sendiri untuk menunaikan perintah Tuhan. Malah keluarganya juga tidak ada masalah jika dia bertudung atau tidak kerana mereka tidak pernah memaksa untuk melakukan sesuatu yang bukan kemahuannya.

farahaf2d

farahaf2f