Farid Kamil akan beraya di kampung Diana Danielle

Farid Kamil akan beraya di kampung Diana Danielle

Kalau sebelum ini, pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle kelihatan begitu sukar membuka mulut untuk menceritakan perihal peribadi mereka kepada umum terutamanya soal cinta, kini baik Farid mahupun Diana, mereka seakan tidak lagi mahu menyembunyikan perasaan cinta yang ada dalam hati mereka.

Biarpun mengakui masih belum merancang untuk pergi keperingkat yang lebih serius dalam perhubungan yang terjalin itu, Farid bagaimanapun dia selesa mengaku bahawa hubungan dia dan Diana kini sudah matang.

“Saya lebih terbuka sekarang ini memandangkan hubungan antara saya dan dia semakin matang, namun, masih antara kami masih belum perancang untuk pergi keperingkat yang lebih serius,”luahnya.

Farid yang baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri, Wasiat untuk Astro Prima ini berharap dapat bercuti lama dibulan Syawal nanti, merancang untuk membuat rumah terbuka pada hari raya ketiga di kampung halamannya nanti, Farid juga mengharap kehadiran kekasihnya pada hari itu.

Bercerita tentang raya, menurut Farid, dia dan Diana tidak akan beraya bersama, memandangkan kedua-duanya mempunyai kampung masing-masing, namun Farid merancang untuk singgah di kampung halaman Diana di Perak untuk beraya disana.

“Memandangkan bonus yang saya perolehi daripada filem Kongsi ini, saya merancang untuk membuat rumah terbuka di kampung saya nanti pada hari raya ketiga. Ini merupakan kali pertama saya membuat rumah terbuka menggunakan wang saya sendiri, kerana sebelum ini ia hanya dibuat oleh ayah dan ibu sahaja.

“Saya masih tidak merancang untuk bawa Diana balik ke Kedah, tapi saya rasa mungkin akan menjemputnya hadir pada hari rumah terbuka itu. Diana juga ada kampung di Perak, jadi kemungkinan dia akan pulang ke kampungnya hari ini, jika berkesempatan, saya akan singgah disana pada perjalanan pulang dari kampung nanti.

“Tentang baju raya pula, setakat ini saya masih belum membelinya lagi. Saya dan keluarga jarang sekali memakai pakaian mengikut tema, cuma mungkin tahun ini saya akan membeli baju berwarna hijau kerana masih belum memiliki baju melayu hijau lagi,”jelas Farid yang menjanjikan Soto, Lontong, Nasi Tomato dan Ayam Merah di hari terbukanya nanti.

Farid Kamil, Farid Kamil artis, Farid Kamil berita, Farid Kamil selebriti, Farid Kamil filem, Farid Kamil foto, Farid Kamil hiburan, Farid Kamil info, Farid Kamil kawan, Farid Kamil maklumat, Farid Kamil malaysia, Farid Kamil gambar, Farid Kamil web, Farid Kamil foto, Farid Kamil lelaki kacak, Farid Kamil tv, Farid Kamil pelakon, Farid Kamil aktor, profil Farid Kamil, galeri Farid Kamil, farid, diana, kampung, akan, kamil, farid kamil, danielle, diana danielle, beraya, akan beraya, berita, kamil akan, beraya kampung, kampung diana, selebriti, baju, raya, pula, setakatĀ  membeli, lagi, pakaian, mengikut, tema