Fazura Tidak Berangan Menang

D2CABADC7D13473D9A123DC656787EB3

Fazura Tidak Berangan Menang

Disember 2004 mungkin merupakan titik hitam dalam karier Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura apabila dia terlibat dengan insiden pergaduhan sehingga mengheretnya ke mahkamah kerana didakwa telah mencederakan Geraldine Mariana Wong di Bar Luna Pacific Regency Hotels & Apartments.

Bagaimanapun, setelah naik turun mahkamah untuk beberapa tahun, akhirnya 23 September 2008 Fazura telah dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut. Namun, pihak plaintif telah mengemukakan rayuan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Dengan itu, kes ini terus berlanjutan sehingga ke tahun 2009.

Tanggal 29 Jun 2009, pihak pendakwaan telah menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan Fazura daripada tuduhan tersebut. Keputusan mahkamah itu sekaligus menyelamatkan Fazura daripada hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kini, pelakon yang pernah pernah menjulang anugerah Pelakon Harapan pada Festival Filem Malaysia ke-17 menerusi filem ‘Bicara Hati’ ini sudah boleh menjalani kehidupan dengan jiwa yang tenang setelah berhadapan dengan pandangan serong masyarakat untuk sekian lama.

17 Julai ini Fazura akan menyerikan Shout! Awards yang akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, jam 8.30 malam. Pada malam itu Fazura bukan sekadar hadir sebagai tetamu, tetapi dia merupakan calon untuk Hot Chick Award sebaris dengan Andrea Fonseka, Daphne Iking, Marion Caunter dan Marsha Londoh.

“Saya tidak menaruh harapan yang tinggi untuk menang kerana pencabar yang lain memang hebat-hebat. Tetapi saya anggap pencalonan ini sebagai penghargaan dan saya akan hadir pada malam anugerah itu bagi memberi sokongan dan memeriahkan suasana,” ujar Fazura ketika ditemui selepas sesi Star Chat di GUA petang semalam.

Ditanya siapa calon yang dirasakan sebagai pencabar utama, dengan pantas Fazura memberikan jawapan ini:

“Secara jujurnya, saya melihat semua calon adalah pencabar utama. Mereka ada keistimewaan sendiri, jadi terpulang kepada peminat di luar sana. Undian mereka yang bakal menentukan siapa yang akan menang. Tetapi kalau hendak tahu, saya pernah bermimpi yang Marion yang memenangi Hot Chick Award itu.

“Kelakarnya, selepas saya menceritakan tentang mimpi tersebut kepada Marion, dia memberitahu yang dia bermimpi perkara sebaliknya, iaitu saya yang memenangi anugerah tersebut. Entahlah, mungkin mimpi ini ada tanda-tanda kot,” cerita Fazura sambil berjenaka.

Dalam perkembangan lain, Fazura baru sahaja selesai menjalani pengambaran filem ‘Budak Setan’, arahan Sharat Sharan. Filem yang diadaptasi daripada novel ‘Lagenda Budak Setan’, karya Ahadiat Akashah ini turut dibintangi oleh Farid Kamil, Lisa Surihani dan Que Haidar.

Bercerita pengalaman bekerja dibawah Sharat, Fazura memberitahu yang dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan pengarah yang berasal dari India itu.“Saya tidak ada masalah dengan Sharat, bagi saya dia seorang yang pantas dalam melakukan kerja. Memang sebelum ini ada tanggapan yang mengatakan filem-filem arahannya tidak bermutu atau berkualiti, tetapi saya berani menerima tawaran berlakon filem ini setelah berfikir panjang. Berdasarkan skrip yang diberikan, saya yakin filem ini akan mendapat sambutan. Lagipun tidak adil rasanya jika saya menolak hanya kerana filem-filemnya sebelum ini,” ujar Fazura lagi.

Dalam waktu terdekat ini Fazura akan sibuk dengan promosi filem terbarunya berjudul ‘Pisau Cukur’. Filem yang diterbitkan oleh Grand Brilliance Sdn Bhd ini mengandingkan Fazura dengan pelakon jelita Maya Karin.

fazura, fazura musik, fazura video, fazura foto, fazura cinta, fazura berita, fazura awek, fazura kontraksi, fazura Hiburan, fazura malaysia, fazura Melayu, fazura Indon, fazura Indonesia, fazura gambar, fazura cerita, fazura pilihan, fazura kl, fazura bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan