Fesyen Artis 3 Negara Di APM

APM Artist, APM lagu, APM musik, APM mtv, APM berita, APM Web, APM galeri, APM foto, APM portofolio, APM album, APM info, APM film, APM terbaru, APM pos, APM surat, APM.

Fesyen Artis 3 Negara Di APM

562008_fesyenapma

Inilah kesannya apabila selebriti daripada 3 negara – Malaysia, Indonesia dan Singapura – berkumpul di bawah satu bumbung bagi meraikan sambutan malam kemuncak Anugerah Planet Muzik 2008 (APM08), baru-baru ini.
Bintang-bintang dari Malaysia nampaknya, masih kekal dengan citarasa extravaganza dengan penerapan kilauan manik atau batuan serta rona vibrant yang tujuannya mungkin boleh menarik perhatian, meskipun dari sebatu jauhnya!

Tidak kurang yang cuba menarik perhatian dengan imej berkaki ayam iaitu Elyna. Sesekali fikir macam tidak masuk akal, entahlah!
Sebaliknya yang terjadi buat selebriti Indonesia yang ternyata memilih rekaan labuh atau baggy serta warna kusam dan nude sebagai tarikan gaya mereka ke APM kali ini. Bukan mahu memuji tetapi rata-rata ada gaya tersendiri.

Bagaimanpun bintang Indonesia masih enggan mengetepikan rekaan lace yang sentiasa menjadi trademark mereka. Contohnya, rekaan kebaya merah milik penyanyi Bunga Citra Lestari yang disepadankan dengan batik jawa singkat, ketika berada membuat persembahan.
Corak lace gelap yang menghiasi bahagian belakang tubuh penyanyi Kris Dayanti turut menjadi perhatian, meskipun ramai yang tertanya-tanya dengan fesyen pelik Diva Pop Indonesia itu ala zaman The Flinstones.
Begitu pula dengan selebriti dan DJ radio dari Singapura yang boleh disifatkan masih mencari identiti untuk menghadiri majlis penganugerahan berprestij seperti APM. Sentuhan gaya mereka ada yang agak ganjil termasuk memakai bingkai kaca mata tanpa cermin.
Bagi golongan pria, APM kali ini menyaksikan persamaan gaya, apabila penggayan vest dan tali leher lurus (skinny tie) digayakan oleh kebanyakkan selebriti daripada tiga negara. Malah juara Singapore Idol, Taufik Batisha mengenakan rona kelabu sebagai warna pilihan seperti beberapa rakan artis lain.