Gambar Siti Nurhaliza di Anugerah Bintang Popular 2010

Gambar Siti Nurhaliza di Anugerah Bintang Popular 2010

Dato’ Siti Nurhaliza binti Tarudin DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP (lahir 11 Januari 1979) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop dari Malaysia.

Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa, beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri.

Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato’ di awal namanya

Kehidupan Awal

Siti lahir pada 11 Januari 1979 di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, sebagai anak keempat dalam lapan adik-beradik kelahiran Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik.

Beliau berasal daripada keluarga penggemar muzik yang mana adik-beradiknya, Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Saerah juga bekerja sebagai penyanyi.[10] Datuknya ialah seorang pemain biola yang terkenal, manakala ibunya seorang penyanyi irama etnik yang terkenal juga.

Siti Nurhaliza merupakan penyanyi utama kumpulan ‘Family Group’,[4] yang diasaskan oleh bapa saudaranya, Abdul Rahim Bachik.

Sewaktu kanak-kanak, beliau juga terlibat dalam pelbagai aktiviti sekolah, termasuk sukan dan pidato. Siti Nurhaliza menerima pendidikan terawalnya di Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Di sinilah beliau mula menyerlahkan bakat nyanyian pada usia enam tahun ketika mempersembahkan lagu tradisional “Sirih Pinang” di acara akhir tahun persekolahan. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, kemudian di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang.

Anugerah

Sepanjang karier beliau, Dato’ Siti Nurhaliza telah dianugerahi lebih daripada 100 anugerah dari dalam dan luar negara. Dato’ Siti juga berjaya memperbaharui rekod diri sendiri apabila disenaraikan di dalam The Malaysia Book of Record – dua kali.

Gambar Fesyen Rekaan Siti Nurhaliza dari Rizman Ruzaini di Anugerah Bintang Popular 2010

Nah, walaupun Budiey tak sempat nak ambil gambar penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza… tapi nasib baik Rizman Ruzaini yang tolong titipkan beberapa keping gambar cun melecun semuanya. Semalam, bukan main ramai peminat Siti Nurhaliza tanya pada Budiey bila nak upload gambar Siti. Budiey tak nak jawab banyak sebab memang satu keping pun takde dalam kad memori kamera.

Untuk ABP kali ini, Dato’ Siti Nurhaliza menggunakan khidmat Rizman Ruzaini untuk digayakan semasa acara red carpet dan persembahan. Kedua-duanya berkonsepkan elegan kontemporari klasik menggunakan warna asas hitam dengan perincian kristal serta merah.

Siti Nurhaliza,Siti Nurhaliza lagu,lagu Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza foto,video Siti Nurhaliza,bukan cinta biasa,siti zon,Siti Nurhaliza mp3,album Siti Nurhaliza,cerita Siti Nurhaliza,Siti Nurhaliza mengandung,Datuk Siti Nurhaliza,blog Siti Nurhaliza,Siti Nurhaliza seksi,youtube Siti Nurhaliza,Siti Nurhaliza lirik,Siti Nurhaliza blog,Siti Nurhaliza wallpaper,Siti Nurhaliza tarudin,tudung Siti Nurhaliza,Siti Nurhaliza production,Siti Nurhalizah,Siti Nurhaliza terkini,Siti Nurhaliza terbaru,Siti Nurhaliza seronok,Siti Nurhaliza kahwin,Siti Nurhaliza merokok,Siti Nurhaliza shopping,Siti Nurhaliza wanita,Siti Nurhaliza kahwin,Siti Nurhaliza nikah,wajah Siti Nurhaliza,lahir, 11 Januari 1979,  penyanyi, dan penulis lagu, pop,  Malaysia,anugerah Bintang Popular, 2010