Jessica Alba sertai kickball

Jessica Alba sertai kickball

Aktres Jessica Alba bukan saja telah menjadi seorang ibu tetapi kini ‘bergelar’ atlet pula.

Aktres berbakat besar itu mempamerkan kehebatannya bersukan apabila menyertai satu majlis amal sukan kickball di Santa Monica, semalam.

Suaminya, Cash Warren dan anak perempuan mereka, Honor Marie, 2, turut hadir memberi sokongan kepadanya di tepi padang.

Memakai seluar sukan putih, baju T biru dan kasut sukan ‘converse’, Alba mengambil bahagian dalam satu majlis amal ‘Rising Stars of America All Stargame’.

Pertubuhan amal itu yang diasaskan oleh Baron Davis, pemain posisi ‘point guard’ pasukan Los Angeles Clippers, adalah satu badan bukan berasaskan keuntungan yang menganjurkan kem-kem bola keranjang, klinik dan pertandingan sepanjang tahun dengan objektif membantu membina kemahiran kepimpinan golongan muda.

Awal minggu lalu, aktres tersebut diminta berhenti di tepi jalan di Beverly Hills oleh seorang polis peronda selepas dilihat memandu laju.

Sebaik-baik menurunkan cermin kereta sambil tersenyum, polis tersebut menyedari dia telah menghentikan Alba dan bintang filem Open Water itu dibenarkan memandu semula selepas berbual mesra.

Ibu muda berusia 29 tahun itu baru kembali ke Los Angeles selepas satu percutian panjang di Perancis.

Dia tiba di Perancis tanpa ditemani suaminya pada awal Julai bagi menyertai pertunjukan fesyen pada Minggu Fesyen Paris.

Selepas pertunjukan fesyen tersebut, Alba ke Provence, selatan Perancis, untuk bertemu Warren di rumah milik ibu kepada suaminya itu.

Jessica Alba, Jessica Alba foto, Jessica Alba web, Jessica Alba info, Jessica Alba maklumat, Jessica Alba hiburan, Jessica Alba misteri, Jessica Alba berita, Jessica Alba bio, Jessica Alba malaysia, Jessica Alba kawan, Jessica Alba artis, Jessica Alba bf1, Jessica Alba hos