Katrina tunjuk jahat

Katrina tunjuk jahat

KATRINA KAIF bukan sahaja menimbulkan perasaan tidak senang hati kepada Kareena Kapoor, namun dia juga telah menunjukkan lagak divanya dan menyerlahkan sikap jahatnya dan mangsanya kali ini ialah aktres muda, Anushka Sharma. Semuanya gara-gara kerana berebut khidmat jurusolek yang sama iaitu Subhash.

Malah, apa yang membuatkan keadaan lebih teruk adalah Anushka terpaksa terbang ke London tanpa Subhash angkara ‘taktik kotor’ yang telah dilakukan Katrina.

Menurut sumber, Anushka sudah membuat tempahan mendapatkan khidmat Subhash untuk terbang bersamanya ke London dan berada di sana selama dua hari untuk sebuah majlis di sana.

Katanya: “Anushka sudah menyiapkan segala-galanya termasuk visa dan tiket kapal terbang untuk membawa Subhash bersamanya ke London selama dua hari bagi sebuah majlis di sana. Subhash sememangnya diketahui merupakan jurusolek kesukaan Katrina dan mereka sudah lama saling mengenali antara satu sama lain.

“Namun, Subhash turut memberikan khidmat solekan terhadap pelanggan lain kerana dia bukan jurusolek sepenuh masa Katrina. Sebab itu, dia bersetuju apabila ditawarkan berkhidmat dengan Anushka.”

Tambah sumber, Katrina membuat onar apabila dia yang baru diberitahu oleh Yash Raj Films, studio penerbitan filem terbaharunya, Mere Brother Ki Dulhann perlu terbabit dengan penggambaran tambahan filem itu tetap mahukan Subhash untuk menyoleknya.

“Katrina mahu memastikan dia kelihatan cantik untuk penggambaran filem itu, sebab itu dia tetap mahu menggunakan khidmat Subhash sebagai jurusoleknya kerana mereka sudah lama kenal.

“Namun, apa yang menyerlahkan sikap jahat Katrina adalah apabila Subhash memberitahu dia sudah ditempah oleh Anushka, Katrina lantas memberitahu pihak Yash Raj Films bahawa dia tidak akan datang ke penggambaran filem itu tanpa Subhash. Ia menyebabkan studio itu terpaksa masuk campur,” jelas sumber itu.

Katanya lagi: “Kasihan Anushka yang terpaksa terbang ke London tanpa jurusolek. Dan penggambaran Mere Brother Ki Dulhann pula terpaksa ditunda kerana menunggu kedatangan Katrina bersama Subhash.”

Katrina hiburan, Katrina, tunjuk, jahat, Katrina galeri, Katrina hiburan, Katrina info, Katrina artis, Katrina menarik, Katrina  misteri, Katrina  model, Katrina mtv, Katrina  cantik, Katrina popular, Katrina portofolio, Katrina pos, Katrina  diva, Katrina  seksi, Katrina wanita, Katrina surat, Katrina tagged, Katrina terbaru, Katrina terkenal, Katrina terkini, Katrina unik, Katrina wajah, Katrina Web, Anushka, KATRINA KAIF, Kareena Kapoor, diva, menyerlahkan, sikap, jahatnya,  aktres muda, Anushka Sharma, berebut, khidmat, jurusolek, Subhash, bollywood, Mere Brother Ki Dulhann, London, visa, jurusolek, Yash Raj Films, studio, penerbitan, filem, majlis, artis wanita