Kutipan Hujung Minggu Watchmen Hebat

Watchmen, Watchmen musik, Watchmen mtv, Watchmen berita, Watchmen Web, Watchmen galeri, Watchmen foto, Watchmen portofolio, Watchmen album, Watchmen info, Watchmen film, Watchmen terbaru, Watchmen pos, Watchmen surat, Watchmen mail.

Kutipan Hujung Minggu Watchmen Hebat

3132662040_c15ccecbae_o

Aapbila sebuah komik R-rated yang difilemkan selama 2 setengah jam, tanpa nama besar seperti mana Batman atau Spider-Man, telah meraih kutipan AS$55.7 million setakat ini, ia sudah kira cukup baik bukan? Mungkin juga.

Filem terbaru, Watchmen telah meraih kutipan hujung minggu yang begitu memberangsangkan di Amerika Syarikat (AS) sekali gus menjadikan kutipan tertinggi bagi tayangan filem setakat tahun ini serta di tempat ke-6 bagi kategori R-rated sepanjang zaman.

Ia bagaimanapun tidak dapat menandingi filem 300 dengan AS$70 juta.

“Memang suka dijangkakan,” kata Dan Fellman, President Teaterikal Domestik Warner Bros. “Tapi mengambil kira durasi filem itu dan jumlah tayangannya, saya kira ia satu pencapaian yang hebat,” katanya lagi.

Penganalis dari Exhibitor Relations, Jeff Bock, pula berkata, pencapaian sebenar Watchmen akan terjawab hanya hujung minggu depan.

“Kalau ia bertahan macam filem seram lain, nampaknya ia akan menjadi satu mimpi ngeri kepada pembikinnya. Tapi kalau ia dapat bertahan lagi pada kedudukan pertama selama 2 minggu berturut-turut, barulah ia akan memberi faedah yang besar kepada Warners,” ujarnya.

Watchmen menelan kos kira-kira AS$120-AS$150 juta, 2 kali ganda daripada filem 300 yang sebelum ini merupakan filem adaptasi komik yang dibuat oleh Warners bersama pengarah 300, Zack Snyder.