Lindsay pinjam tubuh model

Lindsay pinjam tubuh model

SELEPAS bersusah-payah mencari selebriti untuk memperkenalkan rekaan fesyen bagi satu-satu jenama, pastinya peranan selebriti itu digunakan sepenuhnya.

Namun, lain pula halnya dengan Marc Ecko yang memilih Lindsay Lohan untuk kempen memperagakan rekaan fesyen terbarunya.

Peminat Lindsay mungkin pelik kerana ada antara gambar aktres kesayangan mereka dalam kempen fesyen yang dianjurkan Marc Ecko nampak berbeza.

Kemusykilan itu berasas kerana hakikatnya, ada gambar Lindsay yang menggunakan proses pertindihan sepanjang kempen berkenaan. Ecko mengakui terpaksa menggunakan wajah Lindsay yang dipadankan dengan tubuh peragawati lain dalam beberapa gambar iklan.

Dalam satu gambar yang memaparkan Lindsay dengan pakaian berserta topeng, Echo walhal tubuhnya adalah tubuh peragawati lain. Menurut Ecko, peranan Lindsay dalam kempen iklan bertujuan sebagai pencetus inspirasi.

“ Saya memilih Lindsay berbanding artis lain kerana kagum dengannya. Dia adalah ikon pop dan mempunyai ramai peminat yang sentiasa ingin tahu mengenai perkembangannya. Pemilihan Lindsay dapat memperkenalkan rekaan fesyen terbaru saya kepada peminat fesyen dan sekali gus peminat Lindsay,” ujar Ecko.

Kempen fesyen rekaan Ecko adalah pembabitan terakhir Lindsay dalam kariernya sebelum dia ke penjara. Lindsay yang sudah dibebaskan selepas menjalani hukuman 13 hari di penjara Lynwood di California kini menjalani terapi pemulihan.

Ibu Lindsay, Dina berkata keadaan anaknya kini semakin baik. Dina dan adik Lindsay, Ali, 16, kerap mengunjungi pelakon itu sepanjang dia berada di penjara. Lindsay kini menjalani rawatan terapi pemulihan di pusat perubatan Universiti California Los Angeles (UCLA). Britney Spears juga pernah menjalani rawatan pemulihan di situ pada 2008.

Lindsay, Lindsay foto, Lindsay web, Lindsay info, Lindsay maklumat, Lindsay hiburan, Lindsay misteri, Lindsay berita, Lindsay bio, Lindsay malaysia, Lindsay kawan, Lindsay artis, Lindsay bf1, Lindsay hos