Mas Keluar Wad, Dibawa Pulang Ke Tawau

Mas,Mas Artist, Mas lagu,Mas musik, Mas mtv, Mas berita, Mas Web,Mas galeri, Mas foto,Mas portofolio,Melodi,Melodi album,Mas info,Mas film,MasMas terbaru, pos,Mas surat,Mas

Mas Keluar Wad, Dibawa Pulang Ke Tawau

2112009_maspca

KUALA LUMPUR, 12 FEB 2009: Sekalipun Asma Ghani atau Mas, 28, sudah pun dibawa pulang berehat sementara waktu di Tawau, Sabah oleh bapanya, Ghani Gibie, 69, petang kelmarin namun pihak Maestro Talent & Management tetap akan membantu Mas mengadakan sidang media  bagi menjelaskan keadaan sebenar yang menimpanya. Sungguhpun begitu, sidang media itu hanya akan dibuat sebaik saja Mas pulang semula semula ke Kuala Lumpur. Serentak itu, pihak Maestro akan membuat sama pengumuman tentang perkembangan album solonya yang bakal muncul di pasaran pada tahun ini.”Mas telah dibawa pulang dengan segera ke Tawau atas permintaan keluarganya. Kami  terpaksa menguruskannya dengan segera tanpa sempat memaklumkan perkara itu kepada pihak wartawan. “Saya kira biarlah pihak media membiarkan Mas berehat serta menenangkan dulu fikirannya. Berikanlah dia sedikit waktu. Saya percaya Mas akan pasti akan menjelaskan segala-galanya dalam sidang media itu nanti. “Sebab dia sendiri sudah cakap yang dia mahu buat penjelasan dan dia mahu wartawan menulis perkara sebenar dari  mulutnya sendiri. “Apapun Ketua Pegawai Operasi Maestro Talent, Freddie Fernadez akan turut berada dalam sidang media iitu nanti,” katanya sewaktu dihubungi semalam. Mas telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 12 tengahari kelmarin, ditemani ayahnya serta Man sendiri. Kemudian, dia terus terbang ke Tawau pada petang yang sama.