Memey Akui Hubungan Dengan Norman

5573BECC0B724876BDF327311B2A8A01

Memey Akui Hubungan Dengan Norman

Buat Memey Suhaiza, ada hikmah disebalik insiden tangkap basah yang berlaku lebih lapan bulan lalu. Baginya, peristiwa tersebut menjadikannya semakin berani, matang dan kuat untuk menghadapi apa saja cabaran dan dugaan.

Tidak dinafikan juga, episod itu menyebabkan ‘saham’ -nya semakin meningkat. Terbaru, dia bersama Iqram Dinzly digandingkan di dalam drama siri terbaru TV3, ‘Puteri Aurora Beradu’ di slot Lagenda (setiap Selasa, jam 4.30 petang). Selepas ini, dia boleh dilihat di dalam drama 44-episod, ‘Cinta Balkis’ (slot Samarinda) sementara ‘Roda-Roda KL’ (TV2) memasuki musim ketiganya.

“Sedikit sebanyak ia membantu. Adakalanya terfikir juga, sebelum ini orang kenal saya kerana lakonan tetapi sekarang, mereka lebih mengenali saya sebab kontroversi yang berlaku. Tetapi saya mengambilnya secara positif,” katanya yang ditemui selepas pelancaran ‘Puteri Aurora Beradu’ baru-baru ini.

Selepas insiden ditangkap basah, ramai yang berpendapat ada baiknya jika Norman Hakim yang kini berstatuskan duda, dan Memey mengikat saja tali perkahwinan. Lebih-lebih lagi bila masing-masing sudah suka sama suka.

Namun dari sudut pandangan gadis berusia 21 tahun ini, berkahwin bukan penyelesaian kepada masalah. Enggan membuat keputusan terburu-buru hanya didesak orang ramai, jelasnya, walaupun berkahwin, kes khalwat mereka tetap dibicarakan (tarikah perbicaraan seterusnya pada 31 Julai) ini. Ditambah pula, mereka masih dalam proses mengenali satu sama lain.

Berlainan dari ketika kes tangkap basah mereka hangat diperkatakan, Memey kini nampaknya lebih terbuka untuk mengakui perhubungannya dengan Norman, yang dipanggilnya ‘abang’.

“Kita tidak boleh tutup mulut orang. Jika kami nafikan, mereka tetap akan cakap dan diandaikan benda-benda yang lebih teruk. Semuanya bergantung pada masa. Kita taknak terlalu drastik. Kita lakukannya perlahan-lahan. Kami lebih terbuka sekarang tetapi status perhubungan kami hak kami untuk dedahkan.

“Lagipun banyak benda yang perlu difikirkan. Kita perlu meminta pendapat keluarga …. Ia melibatkan banyak pihak dan kita tidak mahu orang tersinggung,” kata Memey yang juga memberitahu perhubungan kedua-dua keluarga rapat (hinggakan dipanggil ibu Norman, ‘mak’).

Tetapi belum pernah lagi ditemui anak-anak Norman. “Mereka masih terlalu muda untuk menerima perkara seperti ini. Takde paksaan untuk berjumpa. Kita tunggu dulu. Jika sampai masanya nanti, kita akan bertemu.”

Diakui yang dia mempunyai hasrat untuk berkahwin dengan Norman tetapi perancangan itu bukan dalam masa terdekat ini, dimana kedua-duanya dikatakan sedang fokus pada kerjaya masing-masing.

“Lebih-lebih lagi peluang saya dalam bidang lakonan semakin cerah. Saya tidak mahu dilihat sebagai tidak serius.”

Ditanya jika dia ambil kisah selepas berkahwin nanti masih dilihat sebagai punca kemusnahan rumahtangga Norman dan Abby, jawabnya, “Ia terpulang pada penilaian mereka, yang berdasarkan apa yang dilaporkan oleh media. Tetapi kita yang lebih tahu situasinya.”

Ceritanya, jika ada masa terluang, mereka akan menghabiskannya bersama. Namun mereka tidak mahu terlalu terdedah kerana setiap gerak-geri mereka diawasi.

“Kita pergi mana-mana, mesti ada mulut yang sampaikan. Orang nampak lebih kepada yang negatif daripada positif.”

Setakat ini, bagaimana penerimaan Norman terhadap diri Memey? “Dia menerima saya sebagaimana saya terima dia dengan seadanya,” katanya mengakhiri perbualan.

memey, memey musik, memey video, memey foto, memey berita, memey Hiburan, memey malaysia, memey Melayu, memey gambar, memey lagu, memey cinta, memey cerita, memey bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,A rtisArtis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan, tayang, tayang gambar, tayang hantu, tayang artis, tayang malaysia, tayang indonesia, korea, tayang jepun, tayang china, tayang hongkong, tayang gay, hiburan gay, gay hiburan, homoseks, artis gay, gay artis, awek cantik, awek artis, awek malaysia, awek indon, awek korea, awek jepun, awek cina, awek melayu, lagu, lagu malaysia, lagu cina, lagu hantu, lagu lagu, lagu korea, lagu jepun, lagu gay, lagu indon, lagu indonesia, lagu melayu, lagu bf1