Neelofa, Fizo rancang masa depan

Neelofa, Fizo rancang masa depan

NEELOFA dan Fizo Omar merupakan dua aktor dan aktris yang kini sedang mencipta nama dalam dunia lakonan drama dan filem tempatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Biarpun sedang meniti populariti dalam bidang yang penuh glamor itu, tetapi dua pelakon muda itu tidak mahu leka. Sebaliknya mereka sibuk membuat persiapan untuk menghadapi masa depan masing-masing.

Selain berlakon, Neelofa dan Fizo misalnya, turut memulakan perniagaan sendiri sebagai salah satu cara untuk menambahkan sumber pendapatan.

Ketika ditemui Hits di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kuala Lumpur, baru-baru ini, Neelofa dan Fizo yang dilantik sebagai duta Persidangan Usahawan Muda Asia Pasifik (APEC YES 2011) turut diberi geran bagi menjalankan perniagaan masing-masing.

Neelofa yang kini menjalankan perniagaan menjual kasut, manakala Fizo pula terbabit dalam bidang perniagaan makanan, tidak lokek untuk berkongsi impian mereka sebagai ahli perniagaan muda.

 Neelofa, Fizo, rancang, masa, depan, Fizo Omar, dua, aktor, aktris, kini, mencipta, nama, dunia, lakonan, drama, filem, tempatan, sejak, kebelakangan, Kementerian, Perdagangan, Antarabangsa, Industri, (MITI), Kuala Lumpur, duta, Persidangan, Usahawan, Muda, Asia, Pasifik, (APEC YES 2011), geran, perniagaan, masing, artis melayu, artis malaysia, hiburan artis, artis sensasi, artis terkenal, foto artis, gambar artis, galer artis, pos artis, artis wanita, artis lelaki, filem artis, drama artis