Neelofa Nafi Pegang Tangan, Lentok Kepala Di Bahu Hans Isaac.

Neelofa Nafi Pegang Tangan, Lentok Kepala Di Bahu Hans Isaac.

Seiring dengan populariti yang diterima, makin ramai mata yang memandangnya. Apakan daya, pemilik wajah jelita ini sering kali disinonimkan dengan barisan jejaka yang tak kurang hebatnya.

Menurut ruangan gosip sebuah akhbar tabloid, seorang saksi terserempak dengan kelibat 2 selebriti ini yang begitu romantik persis pasangan kekasih di sebuah kompleks membeli belah di Damansara, baru-baru ini.

Kelihatan kedua-dua selebriti ini berpegangan tangan, manakala si wanita pula begitu manja melentokkan kepalanya di bahu sang pengarah itu. Berhadapan dengan situasi itu, pelbagai persoalan mula timbul daripada benak hati saksi ini. Dan, individu yang dimaksudkan itu adalah Neelofa dan Hans Isaac. Adakah mereka berdua sedang bercinta?

Bagaimanapun, Neelofa yang ditemubual oleh OHBULAN! sebentar tadi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan saksi tersebut.

“Ya Allah, Ya Rabbi! Memang tak benar langsung cerita berpegangan tangan dan melentokkan kepala seperti yang disebarkan oleh saksi itu. Sebetulnya, Lofa ada bertemu dengan Hans Isaac sekitar 2 minggu lepas untuk sesi lunch meeting filem Lemak Kampung Santan yang akan bermula pengambarannya pada 8 Oktober depan. Itu merupakan perjumpaan kali kedua, dan turut ditemani penolong pengarah. Jadi, ada 3 orang kesemuanya,” jelas Lofa yang terkejut dengan dakwaan tersebut.

“Manakala, perjumpaan pertama pula dihadiri oleh 5 orang krew produksi. Dan, baru semalam Lofa menerima skrip dan jadual pengambaran filem Lemak Kampung Santan.”

Neelofa, Nafi, Pegang, Tangan, Lentok, Kepala, Bahu, Hans Isaac, Seiring, populariti, terima, makin, ramai, mata, memandang, pemilik, wajah, jelita, barisan, jejaka, hebat, Menurut, ruangan, gosip, akhbar, tabloid, saksi, terserempak, kelibat, selebriti, begitu, romantik, persis, pasangan, kekasih, sebuah, kompleks, membeli, belah, Damansara, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan musik, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan video, gara, hiburan, Hiburan cinta, hiburan jepun, hiburan korea, hiburan malaysia, hiburan melayu, Neelofa Korea, Neelofa cinta, Neelofa gambar, Neelofa Indon, Neelofa Indonesia, Neelofa kl, Neelofa kontraksi, Neelofa malaysia, Neelofa Melayu, Neelofa pilihan, Neelofa video