Ning Mahu Tepis Tanggapan Salah

Ning Mahu Tepis Tanggapan Salah, Ning Baizura musik, Ning Baizura mtv, Ning Baizura berita, Ning Baizura Web, Ning Baizura galeri, Ning Baizura foto, Ning Baizura portofolio, Ning Baizura album, Ning Baizura info, Ning Baizura filem, Ning Baizura terbaru, Ning Baizura pos, Ning Baizura surat, Ning Baizura mail, Ning Baizura model, Ning Baizura model antarabangsa, Ning Baizura bergaya, Ning Baizura menawan, Ning Baizura hebat, Ning Baizura tubuh cantik, Ning Baizura badan fit, Ning Baizura tubuh fit, Ning Baizura badan langsing, Ning Baizura terkenal, Ning Baizura popular, Ning Baizura myspace, Ning Baizura youtube,  Ning Baizura facebook, Ning Baizura friendster, Ning Baizura tagged,  Ning Baizura yahoo massanger, Ning Baizura blog, Ning Baizura menarik, Ning Baizura unik, Ning Baizura wajah, Ning Baizura rahsia,  Ning Baizura biodata, Ning Baizura hiburan, Ning Baizura terkini, Ning Baizura seksi.

Ning Mahu Tepis Tanggapan Salah

ningbaizura

KUALA LUMPUR, 19 MEI 2009: Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapa secara tiba-tiba penyanyi popular dan berpengalaman seperti Ning Baizura mengambil keputusan menyertai Konsert Gempak Selebriti Astro (KGSA).

Bukan kerana tidak lagi laris, tetapi hanya satu sebab utama – dia mahu memperbaiki tanggapan orang ramai terhadap dirinya selama 17 tahun bergelar artis.

Ketika dihubungi portal murai.com.my semalam, Ning berkata, hanya dengan program seperti GSA sahaja dia berpeluang turun padang untuk bertemu peminat secara lebih dekat tanpa halangan daripada mana-mana pihak.

Tambahnya lagi, konsep serta tema bercorak kemasyarakatan yang dibawakan KGSA juga menjadi faktor mendorong Ning untuk menyertai konsert jelajah berkenaan tanpa sebarang prejudis.

“Sejak saya bergerak secara sendiri, saya tidak perlu lagi bergantung kepada sesiapa. Saya boleh membuat penilaian sendiri, di mana dan ke mana arah tujuan saya. Dengan mudah, saya saya boleh meletakkan diri saya di mana jua.

“Dengan menyertai KGSA, saya rasa sungguh seronok. Contohnya ketika saya berpeluang turun ke Johor Bahru tempoh hari, ia satu pengalaman dan kepuasan yang tidak dapat dibayangkan. Lebih-lebih lagi apabila saya berpeluang pergi bersama-sama artis KGSA seperti Zainal Alam, Reza, Idayu, Farhan, Hazama, Tam Suhaimi dan lain-lain saya sudah rindukan suasana semacam itu.

“Itulah juga peluang terbaik untuk saya meneroka benda baru yang sangat memberikan makna,” katanya.

Ning berkata, selepas Plaza Angsana dan Stadium Putra Bukit Jalil, dia bersama-sama selebriti KGSA akan berada di pusat membeli-belah Midvalley, KL pada 23 Mei ini, Dataran Kluang (25 Julai), Dataran Raub, Pahang (3 Oktober), Kuantan Parade, Pahang (31 Oktober) dan diakhiri di Stadium Kuala Selangor (28 Oktober).

Bercerita mengenai peranannya bersama KGSA, Ning berkata semuanya bersandarkan pembabitannya sebagai pengkritik tetap Akademi Fantasia musim lalu dan pengkritik undangan musim ini.

“Tujuan utama KGSA adalah bagi mempromosikan semua program berbahasa Melayu yang terdapat di Astro di lokasi-lokasi terpilih. Ia berkonsepkan sebuah persembahan muzikal yang menuntut saya berlakon dan menyanyi.

“Oleh kerana saya pernah menjadi juri AF tahun lalu, saya diberi tugas untuk memegang watak seorang pengkritik kepada persembahan selebriti yang menyertai KGSA dan akhirnya pada segmen keempat saya perlu menyanyi di hadapan penonton,” katanya.

Kata Ning, sukar untuknya menolak tawaran menyertai KGSA memandangkan inilah peluang terbaik untuknya bertemu peminat di luar Lembah Klang, secara dekat selepas sekian lama tidak berpeluang berbuat demikian.

Malah, menerusi program ini Ning mahu membuktikan bahawa dia tidak pernah meletakkan dirinya pada kelas tahap tertentu, sehingga boleh menyebabkan dia hilang peminat yang selama ini telah banyak menyokongnya.

“Paling terharu, apabila ada seorang kakak yang menangis untuk bertemu dengan saya semata-mata ingin menyampaikan hadiah. Nasib baik ketika itu suami saya, Omar Sharif ada di situ dan dia membantu membawa kakak itu kepada saya.

“Saya sempat berjumpa dengannya dan tak sangka, apabila saya melihat di dalam hadiahnya ada terkandung sepasang angsa kertas yang tertulis mesej yang cukup menyentuh hati,” katanya.

Murai.com.my