Noryn Raih 6 Emas, 2 Perak di WCOPA

Noryn Artist, Noryn lagu,Noryn musik, Noryn mtv, Noryn berita, Noryn Web, Noryn galeri, Noryn foto,Noryn portofolio, Noryn album,Noryn info,Noryn film,Noryn terbaru,Noryn pos,Noryn surat,Noryn

Noryn Raih 6 Emas, 2 Perak di WCOPA

852008_norynmenanga1

LOS ANGELES, 4 OGOS 2008: Meskipun tidak berjaya memenangi hadiah utama ketika berlangsungnya World Championship of Performance Arts (WCOPA) 2008, di sini pada 25 Julai lalu, penyanyi Noryn Aziz tetap membawa pulang 6 pingat emas dan 2 perak.

Tiga pingat emas diperoleh Noryn ketika peringkat saringan bagi kategori Vokal Broadway Wanita, Vokal Original Works Wanita dan Vokal Pop Wanita manakala 3 pingat emas lagi ketika beraksi untuk peringkat separuh akhir bagi kategori yang sama.
Manakala 2 pingat perak yang dimenangi Noryn adalah menerusi kategori Vokal R & B /Soul /Jazz Wanita untuk peringkat saringan dan separuh akhir pertandingan yang disertai 25 buah negara itu.

Malah, kerana kecemerlangannya itu, Noryn telah mara ke peringkat akhir keseluruhan bagi kategori Vokal Senior yang bagaimanapun menjadi milik pelakon dan penyanyi klasikal dari Jamaica, Andrew Clarke.
Bukan setakat bergelar juara bagi kategori berkenaan, Andrew turut dipilih sebagai pemenang utama pertandingan bagi kategori Senior keseluruhan pertandingan. Sementara juara keseluruhan bagi kategori Junior dimiliki penyanyi berusia 13
tahun, Catherine Loria dari Filipina.
Selain mendapat saingan hebat peserta daripada Jamaica, kewibawaan Noryn di peringkat akhir Vokal Senior turut disaingi oleh Nataly Gordienco dari Moldova dan Marielle Corpuz (Filipina).
Noryn membawakan lagu At Last bagi kategori R & B dan jazz, diikuti One Moment In Time (pop), Sayang Disayang (tradisional), Big Spender (Broadway) dan lagu baru berbahasa Inggeris, I’m Alright (Original Song).
Kejayaan Noryn itu turut dikongsi penyanyi muda negara, Ikhwal Hafiz Ismail yang membawa pulang 5 pingat emas dan 2 pingat perak untuk kategori Vokal Lelaki Junior di bawah 17 tahun.
Ditaja oleh Kementerian Pelancongan, kunjungan Noryn dan Ikhwan ke WCOPA 2008 turut disertai bakat seni tempatan yang mewakili negara dalam beberapa kategori antaranya tarian, peragaan dan muzik. Turut menyertai rombongan adalah penyanyi Istana Budaya (IB), Ikhwal Hafiz dan model terkenal, Azura dan Ziela.