Orang Kampung Buat Kejutan Raikan Neelofa

Orang Kampung Buat Kejutan Raikan Neelofa

Pelakon jelita, Noor Neelofa Mohd Noor, 22, (Neelofa) menganggap pengalaman pertama menyambut Hari Raya sebagai artis memberikan kejutan yang indah apabila dia diraikan dalam sebuah majlis rumah terbuka anjuran sanak-saudara dan penduduk kampung di Pasir Mas, Kelantan pada Hari Raya pertama lalu.

Kongsi Neelofa, majlis tersebut yang lebih bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga dan penduduk setempat diadakan sebagai tanda kesyukuran dan berbesar hati atas kehadirannya di industri seni.

“Kalau hendak tahu kami sekeluarga dan orang-orang kampung memang rapat. Tambahan pula, memang sudah menjadi trend bagi kalangan orang Kelantan, semangat kenegerian mereka memang kuat dan utuh. Apabila mereka dapat tahu saya kini bergelar artis, mereka cukup berbesar hati dan teruja untuk meraikan saya dalam rumah terbuka bersempena Aidilfitri” katanya secara berseloroh.

Bercerita tentang sambutan perayaan Hari Raya, aktres kontroversi ini berkata, dia sekeluarga pulang ke kampung ibunya itu bermula 28 Ogos hingga 4 September lalu dengan menaiki kapal terbang.

“Kami terpaksa naik kapal terbang untuk pulang ke Kelantan kerana keluarga saya besar. Saya ada 10 adik-beradik, jadi tentu leceh pula kalau naik kereta. Sambutan Hari Raya tahun ini sama juga macam tahun-tahun yang lalu cuma pada tahun semakin ramai orang mengenali saya. Kami sekeluarga akan berkumpul di rumah nenek dan menyambut sanak-saudara dan orang kampung datang saja” katanya yang menggemari menu nasi dagang, laksam dan laksa Siam pada pagi Raya.

Terbaru tentang karier lakonannya, heroin filem Azura 2011 ini berkata, dia akan kembali sibuk dengan pengajiannya sebelum memasuki set penggambaran filem terbaru Lemak Kampung Santan arahan Hans Isaac pada pertengahan September ini.

“Untuk lakonan pula, saya akan masuk ke lokasi filem Lemak Kampung Santan pada pertengahan September ini” kata pelajar jurusan Sarjana Muda Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran di Kolej Sunway ini.

Orang, Kampung, Kejutan, Raikan, Neelofa, hiburan tempatan, hiburan asia, hiburan masa kini, hiburan melayu, berita hiburan, artis seksi, Artis foto, Artis gambar, Artis hiburan, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis kl, Artis kontraksi, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Lemak, Kampung, Santan, arahan, Hans Isaac, pertengahan, September, Kolej Sunway, Aidilfitri, heroin, filem, Azura