Pengakuan Berani Demi Anak Wayang!

Pengakuan Berani Demi Anak Wayang!,Anak Wayang berita,Anak Wayang Web,Anak Wayang galeri, Anak Wayang foto,Anak Wayang portofolio,Anak Wayang album, Anak Wayang info, Anak Wayang filem,Anak Wayang terbaru,Anak Wayang popular, Anak Wayang myspace,Anak Wayang youtube,Anak Wayang menarik, Anak Wayang unik,Anak Wayang wajah,Anak Wayang rahsia,Anak Wayang hiburan, Anak Wayang terkini,Anak Wayang seksi,Anak Wayang misteri,

Pengakuan Berani Demi Anak Wayang!

4232009_awujihitama

KL, 27 APRIL 2009: Dalam kesibukan Akademi Fantasia 7 (AF7) Murai Batu pun mula ambil tahu tentang program realiti mega daripada Astro iaitu Anak Wayang. Bukan apa Murai Batu makin teruja nak tengok macam mana pula dramatiknya program itu nanti. Adakah ia satu fenomena baru macam AF juga?

Yang nyata, ramai sungguh peminat datang ke semua sesi uji bakat Anak Wayang dan yang hadir pula ada macam-macam ragam dan attitude. Maklumlah karektor pelakon biasanya berbeza daripada penyanyi kerana mainan dalaman mereka tu kata orang, lebih sedikit. Hah, macam petua Kak Ogy Ahmad Daud pula yang suka sangat menggali.

Antara lokasi yang sempat Murai Batu tinjau adalah di Quality Hotel, Shah Alam, baru-baru ini. Mereka bukan saja diminta berlakon tetapi diwawancara tentang latar belakang diri dan pengalaman.

Tapi apa yang sangat memeranjatkan Murai Batu, ada peserta sanggup mendedahkan pengalaman pahit yang pernah menimpa diri dan keluarga mereka. Malah seorang peserta itu dengan berani mengakui ada ahli keluarganya pernah berlakon filem porno! Mak oi, gemparnya? Kenapa sampai begitu sekali nak raih perhatian juri?

Mengurut dada sekejap Murai Batu. Tapi itulah ragam yang Murai Batu maksudkan tadi. Nak tegelak pun ada, nak terbeliak mata pun ada!

Murai Batu dapat tengok, ada calon peserta menangis, teruja melampau, berpakaian pelik, ada aura gila glamormalah ada yang gaya seperti orang psiko! Minta-mintalah semua itu untuk karektor saja dan bukan  betul-betul! Hebatnya uji bakat itu sampai habis jam 4 pagi!

Jadi kita tunggu nanti pengumuman siapa 25 calon Anak Wayang akan akan diumumkan pada sidang media tidak lama lagi. Bagi yang masih kurang faham, 25 peserta yang terpilih nanti akan dipecah-pecahkan kepada 5 kumpulan dan mereka bersaing untuk satu-satu watak dalam Pentas Anak Wayang di Astro Ria.

Sesiapa yang terpilih itu akan terus berlakon dalam drama bersiri Kecuali Cintamu di Astro Prima pada minggu berikutnya bersama pelakon terkenal. Hai, itu sudah jalan pintas sebab kalau ikut proses lakonan biasa zaman dulu-dulu, orang  baru sekadar jadi Pak Pacak saja selama bertahun-tahun sebelum dapat watak penting.