Perempuan ‘Misteri’ Depan Rumah Datuk Siti Nurhaliza

Datuk Siti Nurhaliza Artist, Datuk Siti Nurhaliza lagu,Datuk Siti Nurhalizah musik, Datuk Siti Nurhaliza mtv, Datuk Siti Nurhaliza berita, Datuk Siti Nurhaliza Web,Datuk Siti Nurhaliza galeri, Datuk Siti Nurhaliza foto,Datuk Siti Nurhaliza portofolio,Datuk Siti Nurhaliza album,Datuk Siti Nurhaliza info,Datuk Siti Nurhaliza film,Datuk Siti Nurhaliza terbaru,Datuk Siti Nurhaliza pos,Datuk Siti Nurhaliza surat,Datuk Siti Nurhaliza

Perempuan ‘Misteri’ Depan Rumah Datuk Siti Nurhaliza

siti_nurhaliza-01

Rumah kediaman dua pasangan sejoli Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K menerima tetamu tidak diundang. Lantas dengan itu Datuk K, sebagai ketua keluarga membuat tindakan menghubungi pihak polis demi keselamatan kami sekeluarga. Itu sebagai langkah berjaga-jaga sebelum berlaku sesuatu perkara yang tidak diingin ujar Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa atau Datuk K yang mengulas kejadian seorang perempuan yang datang menjerit dan membuat kacau di depan kediamannya Isnin lepas. Kejadian terbaru ini dipercayai berlaku rentetan daripada fitnah yang dilemparkan kepada pasangan ini kononnya rumah tangga mereka diambang keruntuhan. Tidak mahu mengulas panjang, Datuk K memohon agar fitnah-fitnah seumpamanya itu dihentikan segera. Mengakui beliau dan isterinya, Datuk Siti Nurhaliza agak tertekan dengan pelbagai gosip mengenai perkahwinan mereka itu, Datuk K memberitahu beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perbuatan tersebut masih berterusan. Cerita-cerita itu (gosip) sebenarnya banyak menyerang?saya, bukan Siti. Orang ramai bersimpati dengan Siti kerana kononnya saya tidak menjadi suami yang baik kepadanya. Situasi inilah yang mungkin telah menimbulkan kemarahan orang (peminat) yang akhirnya akan bertindak di luar jangkaan jarnya kesal. Ahli perniagaan terkenal ini ketika ditemui di majlis pelancaran album terbaru isterinya,Lentera Timur itu turut ditanyakan apakah Siti akan dibenarkan untuk terus berkecimpung dalam bidang seni ini ataupun berundur seperti mana yang pernah disuarakan baru-baru ini. Saya tahu semua orang mahu tengok Siti terus menyanyi. Dia ramai peminat dan saya adalah salah seorang di antaranya. Saya tak pernah minta dia jadi suri rumah pun, hasrat itu tak pernah ada. Cuma bila pelbagai cerita yang tidak betul banyak sangat mengganggu rumah tangga kami, saya sedikit kesal. Apa pun, saya sentiasa berharap dan berdoa janganlah sampai dia mengambil keputusan itu (mengundur diri). Jadi, hentikanlah perkara-perkara yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku,?