Pilih produk untuk jadi duta

Pilih produk untuk jadi duta

SITI SALEHA, klasik namanya. Formula yang digunakannya untuk menapak dalam dunia seni bermula daripada berlakon iklan, dilantik menjadi duta kepada beberapa produk dan kemudiannya terlibat dalam dunia lakonan, sehingga hari ini, namanya ‘meletup’ biarpun masih dianggap pucuk muda yang baru berputik.

Drama bersiri Nora Elena yang ditayangkan untuk slot Akasia di TV3 bagaimanapun secara total telah memperkenalkan figura genit itu kepada khalayak tentang siapa sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharum yang baru berusia 21 tahun itu.

Apapun, populariti yang diraih pada hari ini bukan calang-calang nilainya. Ada pengorbanan yang perlu ditempuh untuk berada di aras terkini.

Perlu bersedia untuk menjadi figura umum yang pastinya akan ditatap walau di mana dia berada, Saleha juga harus akur kadangkala privasinya direnggut buat tatapan umum.

Namun, lebih selesa untuk tidak membicarakan perihal kehidupan peribadinya berbanding kerjaya yang dibina, pertemuan bersama Siti Saleha baru-baru ini lebih banyak melihat skop optimisme selaku artis baharu.

Bermula dengan bidang lakonan iklan mahupun jurucakap produk, pastinya Saleha tidak boleh lari daripada lingkaran yang sudah dibikinnya itu. Namun ada syarat yang ditetapkannya.

“Kalau saya diberikan peluang untuk menjadi duta atau jurucakap pastinya tidak akan ditolak, tapi saya akan melihat juga kepada kesesuaian sesuatu produk dengan saya.

“Memandangkan kelompok peminat di negara kita kebanyakannya orang Melayu, maka seboleh-bolehnya saya tidak mahu terlibat dengan iklan atau produk yang menjadikan diri saya sebagai simbol seks,” katanya ketika sesi fotografi di Studio Utusan baru-baru ini.

Malah, ujarnya tidak menjadi hal sekiranya dia diminta untuk memakai tudung untuk penggambaran drama ataupun iklan dan akuinya juga dia cukup selesa.

“Jelas sekali saya pernah memakai tudung dalam beberapa lakonan saya sebelum ini seperti Ustaz Amirul dan Alif Ba Ta, jadi pastinya tidak ada masalah untuk saya berkaitan isu itu,” tambah gadis kacukan British-Belanda-Melayu itu.

SITI SALEHA, klasik, namanya, Formula, dunia, seni, bermula, berlakon, iklan, menjadi, duta, produk, kemudian, terlibat, dunia, lakonan, hari, ini, namanya, meletup, pucuk, muda, berputik,Drama, bersiri, Nora Elena, tayangkan, slot, Akasia, Ustaz Amirul, Alif Ba Ta, memperkenalkan, figura, genit, Siti Saleha Mohd. Baharum, berusia, British, Belanda, Melayu, tahun, itu, hiburan tempatan, hiburan artis, hiburan melayu, hiburan asia, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan musik, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan video