Radhi Sah Tinggalkan OAG

Radhi Sah Tinggalkan OAG, Radhi musik, Radhi mtv, Radhi berita, Radhi Web, Radhi galeri, Radhi foto, Radhi portofolio, Radhi album, Radhi info, Radhi filem, Radhi terbaru, Radhi pos, Radhi surat, Radhi mail, Radhi model, Radhi model antarabangsa, Radhi bergaya, Radhi menawan, Radhi hebat, Radhi tubuh cantik, Radhi badan fit, Radhi tubuh fit, Radhi badan langsing, Radhi terkenal, Radhi popular, Radhi myspace, Radhi youtube,  Radhi facebook, Radhi friendster, Radhi tagged, Radhi blog, Radhi menarik, Radhi unik, Radhi wajah, Radhi rahsia, Radhi makanan, Radhi biodata, Radhi hiburan, Radhi terkini, Radhi seksi.

Radhi Sah Tinggalkan OAG

radhi-oag_1

“Dengan perasaan berat hati, saya ingin buat pengumuman untuk mengundurkan diri seketika daripada OAG.

“Selepas membuat perbincangan dengan anggota kumpulan OAG yang lain, Malaysian Unplugged Live @ Istana Budaya OAG Showcase bakal menjadi konsert pertama serta terakhir akustik kami,” jelas Radhi yang kelihatan sugul ketika ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Dewan Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Radhi bagaimanapun mengakui sudah memikirkan semasak-masaknya tentang keputusan tersebut.

Walaupun dia sendiri berat untuk berjauhan dengan OAG, namun dia harus pasrah apabila ‘berpisah’ seketika dengan Fizul, Nizam, Eric dan Zul.

“Saya undur diri daripada OAG sementara waktu kerana mahu menguruskan karier solo dan bukannya sebab kami bergaduh atau sudah tidak sehaluan lagi.

“Saya kena laksanakan keputusan ini sekarang kerana sudah 15 tahun kami bersama.

“Saya memerlukan perubahan dalam karier dan kehidupan, apatah lagi niat saya disokong seratus-peratus teman-teman OAG lain.