Ramona Mencuba

Ramona Mencuba

PERCUBAANNYA dalam uji bakat filem Castello membuahkan hasil apabila terpilih beraksi dalam karya aksi itu. Meskipun sekadar memegang peranan kecil, peluang itu membuka matanya mengenali apa itu dunia lakonan.

Justeru, cinta mula bersemi di hati. Dia merasakan inilah dunianya, namun hasrat untuk serius terbantut apabila keluarga menasihatinya supaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran terlebih dulu.

Sementelah dia baru berusia 14 tahun, suka atau tidak Ramona Zam Zam atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam harus akur dengan larangan itu.

Dunianya ketika itu sama seperti remaja normal lain, fokus diberikan kepada pelajaran dan acuan hidup yang ditentukan ibu bapanya.

Bagaimanapun, selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, gadis yang aktif dalam dunia peragaan dan komersial itu mendapat lampu hijau untuk meneruskan minatnya dalam bidang lakonan.

“Keluarga faham minat saya dan sedar saya ada bakat, tetapi mereka tidak mahu saya leka. Ini kerana ibu bapa saya menitikberatkan pelajaran dan setelah selesai SPM, baru mereka memberi restu saya berlakon semula. Sepanjang tempoh itu saya sangat rindu untuk berlakon. Daripada situ saya tahu hati saya memang dalam bidang ini. Selepas dapat keizinan keluarga, saya menjayakan beberapa drama termasuk Begitukah Cinta, Nana Tanjung dan Nora Elina” katanya.

Biarpun kini melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Segi, gadis jelita ini masih meneruskan karier pelakon.

Namun langkahnya diperlahankan, malah dia hanya menerima tawaran yang tidak mengganggu kuliah.

“Syukur tawaran semakin banyak, bahkan ada beberapa produksi minta saya melakonkan watak utama tetapi saya terpaksa tolak kerana jadual penggambaran bertindih dengan jadual kelas. Menjadi prinsip, saya tidak akan ponteng kelas semata-mata mahukan watak utama.

Disebabkan itu, buat masa ini saya lebih gemar mendukung watak pembantu kerana masa diperuntukkan tidak lama seperti mana peranan utama. Setakat ini kerjaya lakonan tidak mengganggu fokus saya terhadap pelajaran tetapi tidak dinafikan apabila ada tugasan, kelam-kabut juga jadinya.

Apapun, saya masih boleh kawal keadaan dan tidak wujud tekanan daripada segi masa. Insya-Allah, hujung tahun ini pengajian saya akan tamat dan bolehlah saya tumpukan sepenuh perhatian terhadap lakonan” katanya yang menjayakan telefilem raya, Sehening Hati Ente dan masih terikat dengan penggambaran drama rantaian, Kali Kedua arahan Aziz M Osman.

Tambah Ramona, dia tidak mementingkan populariti, malah baginya biar lambat naik asalkan dia bebas kontroversi. Insiden yang menimpa sahabatnya, Neelofa, menjadikannya lebih berhati-hati dalam mengatur langkah supaya perkara sama tidak terpalit dalam catatan kariernya.

“Biarlah orang kenal saya kerana bakat, bukan kerana kontroversi atau cerita tidak enak didengar. Secara peribadi, saya bersimpati dengan Neelofa. Dia sahabat baik dan pandai bawa diri tetapi popular gara-gara dihimpit kontroversi. Saya faham, berada dalam bidang ini kita tidak dapat lari daripada cerita kurang molek, tetapi seboleh mungkin saya mahu elakkan” katanya yang tidak lekang dengan senyuman manis.

Ramona, Mencuba, PERCUBAANNYA, uji, bakat, filem, Castello, membuahkan, hasil, terpilih, beraksi, karya, aksi, itu. memegang, peranan, kecil, peluang, membuka, matanya, dunia, lakonan, Justeru, cinta mula bersemi di hati. Dia merasakan inilah dunianya, namun hasrat untuk serius terbantut apabila keluarga menasihatinya supaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran terlebih dulu., Ramona, Ramona foto, Ramona hiburan, Ramona awek, Ramona berita, Ramona cantik, Ramona cerita, Ramona cinta, Ramona gambar, Ramona Indon, Ramona Indonesia, Ramona kl, Ramona kontraksi, Ramona malaysia, Ramona Melayu, Ramona musik, Ramona pilihan, Ramona video, hiburan, Hiburan cinta, hiburan jepun, hiburan korea, hiburan malaysia, hiburan melayu