Sara Ali Jadi Buruan Pengarah Dan Penerbit

Sara Ali Jadi Buruan Pengarah Dan Penerbit

Walaupun masih baru dalam industri hiburan, nama Sari Ali semakin meniti di bibir peminat. Pakej lengkap yang dimiliki membuatkan gadis jelita ini mudah dilamar pengarah dan penerbit untuk membintangi karya mereka. Buktinya, tahun ini sahaja, sudah lima filem dibintanginya.

Menurut gadis berusia 20 tahun ini, sebagai orang baru dia sama sekali tidak menduga akan diberikan satu demi satu peluang lakonan meskipun hasil lakonannya masih belum dipertontonkan kepada khalayak ramai.

Akui tuah terletak pada matanya, Sara berkata, kebanyakan pengarah dan penerbit tertarik dengan matanya yang galak kerana ia dikatakan bersesuaian dengan karakter yang mereka inginkan.

“Saya tidak sangka peluang berlakon akan datang silih-berganti. Bagi saya, saya masih terlalu baru dan tidak dikenali pun tetapi pihak penerbit dan pengarah berani mempertaruhkan saya dalam lima filem itu. Alhamdulillah mungkin itu rezeki bagi kelebihan yang saya ada” katanya yang telah membintangi filem Sesuatu Yang Tertinggal, Penunggu Istana, Klip 3GP, Nur Kasih dan yang terbaru, Songlap.

Tidak sangka punya bakat

Menceritakan detik permulaan menceburi bidang hiburan tanah air, Sara bukanlah berasal daripada keluarga seni tetapi mula menceburi bidang lakonan setelah ditawarkan berlakon oleh seorang pengarah menerusi laman Facebook.

“Saya mendapat tawaran untuk berlakon filem Sesuatu Yang tertinggal pada Mac lalu. Pada mulanya saya hanya sekadar ingin mencuba nasib. Tetapi tak sangka, ia menjadi titik permulaan saya untuk berkecimpung dalam dunia seni. Sejak itu, saya mula didatangi pelbagai tawaran. Malah, kehidupan saya kini banyak berubah. Jadual harian saya juga padat dengan lakonan dan berada di set penggambaran” kata Sara.

Menurut Sara, lama-kelamaan minat dalam bidang lakonan semakin menebal dalam dirinya, malah sudah bersedia untuk semakin serius dan komited dalam bidang seni ini.

“Saya berterima kasih kepada pengarah, Asrulhisyam Ahmad, yang membuka peluang untuk saya berlakon. Apabila diterima untuk membintangi filem itu, saya sangka itu adalah lakonan pertama dan terakhir.

Namun, tidak sangka pula saya ditawarkan satu persatu filem selepas itu sehinggalah ke hari ini. Jadi buat masa ini saya mahu fokus dalam bidang lakonan kerana sudah semakin minat dan berasa teruja setiap kali berada di lokasi penggambaran” kata Sara yang turut meluahkan rasa gembira apabila filem lakonannya, Songlap, bakal ditayangkan pada Disember ini.

Sara, Ali, Jadi, Buruan, Pengarah, Penerbit, Menceritakan, detik, permulaan, menceburi, bidang, hiburan, tanah, air, berasal, keluarga, seni, tetapi, menceburi, bidang, lakonan, seorang, pengarah, menerusi, laman, Facebook, mendapat, tawaran, berlakon, filem, Mac, lalu, hanya, sekadar, mencuba, nasib, menjadi, titik, permulaan, saya, berkecimpung, dunia, seni, Sejak, mula,  pelbagai, tawaran, Malah, kehidupan, berubah, Jadual, harian, lakonan, berada, set, penggambaran