Shu Qi nafi bercinta

Shu Qi nafi bercinta

HONG KONG – Aktres seksi Shu Qi terus menafikan sekeras-kerasnya dia kembali bercinta dengan bekas kekasihnya, Wang Lee Hom.

Minggu lalu, media di Hong Kong menyiarkan gambar menunjukkan bintang filem tersebut memandu ke apartmen milik Lee Hom di Taiwan pada 30 Julai dan dilihat meninggalkan bangunan tersebut lewat petang.

Khabar angin lain dalam akhbar tabloid tempatan turut menyatakan Shu Qi dilihat berjalan berdua-duaan sambil berpegangan tangan dengan Lee Hom di New York pada bulan lalu.

Namun, Shu Qi menafikan laporan-laporan tersebut dan meluahkan yang artikel tersebut memperdayakan pembaca.

“Cerita yang mereka tulis sungguh menarik! Sila beri tepukan gemuruh kepada mereka.

“Saya ke New York bagi menjalani pengambaran komersial. Mereka mengejar bayang-bayang nampaknya,” katanya yang pernah bercinta selama tiga tahun dengan Lee Hom.

Tambahnya, dia berada di bangunan apartmen Lee Hom kerana melawat rakannya yang kebetulan menetap di bangunan yang sama.

Pengurus Lee Hom turut menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan Lee Hom sepanjang hari berada di studio rakaman pada hari tersebut.

Shu Qi, nafi, bercinta, Aktres, seksi, Shu Qi, bercinta, bekas, kekasihnya, Wang Lee Hom, media, Hong Kong, menyiarkan, gambar, bintang, filem, apartmen, milik, Lee Hom, Taiwan, pada, Julai,   bangunan, lewat, petang, Khabar, angin, akhbar, tabloid, berjalan, berdua-duaan, berpegangan tangan, Lee Hom, New York, Pengurus, video Artis, Artis berita, awek artis, awek cantik, awek cina, awek indon, awek jepun, awek korea, awek malaysia, awek melayu, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan antarabangsa,  Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan terkini