Spears nafi bertunang

Spears nafi bertunang

KHABAR pertunangan Britney Spears semakin kencang kedengaran. Lebih-lebih lagi apabila dia dilihat memakai cincin berlian yang dikenakannya di jari manis.

Walau ada banyak bukti yang semakin menguatkan isu pertunangan tersebut, penyanyi itu dan kekasihnya, Jason Trawick, tetap menafikan hal tersebut.

Spears yang kini berada di London untuk menjalani pembikinan klip video terbaharunya, Criminal telah hadir ke BBC Radio hujung minggu lalu untuk satu temu bual. Sewaktu dikerumuni jurugambar, dia telah melambaikan tangan ke arah mereka. Pada waktu itu, gambar dia memakai cincin berlian di jari manis tangan kanannya telah dibidik jurugambar yang membuatkan isu dia telah bertunang dengan Trawick semakin hangat.

Insiden ini terjadi hanya beberapa hari selepas si kekasih, Trawick dilihat membeli sebentuk cincin di butik perhiasan Pascal Mouawad di Hollywood.

“Khabar mengenai cincin pertunangan ini sama sekali tak benar. Namun, memang Trawick di sana (kedai cincin) untuk berbincang masalah lain bersama Pascal, tapi bukan untuk kepentingan peribadinya,” ujar jurubicara Spears.

Pernyataan yang dikeluarkan jurubicara Spears itu mungkin ada kebenaran, ini kerana sebelum ini penyanyi itu juga pernah memakai cincin berlian di jari manis seperti tanda bertunang.

Sementara itu, Trawick sendiri telah menafikan isu bertunang itu kepada Access Hollywood.

Spears, nafi, bertunang, KHABAR, pertunangan, Britney Spears, kencang, kedengaran, apabila,  memakai, cincin, berlian, jari, manis, banyak, bukti, semakin, menguatkan, isu, pertunangan, tersebut, penyanyi itu dan kekasihnya, nafi bertunang, nafi, Jason Trawick, tetap menafika hal, artis melayu, artis malaysia, hiburan tempatan, artis wanita, hiburan terkini, artis cantik, hiburan asia, artis foto, artis gambar, artis wanita antarabangsa, gosip artis, hiburan, hiburan pilihan, foto hiburan, gambar hiburan, galeri hiburan, berita hiburan, artis video, cerita artis