Status Ana Dahlia, Chef Riz Diarah Kunci Mulut

Status Ana Dahlia, Chef Riz Diarah Kunci Mulut

Mohd. Nadzri Redzuawan ,30, atau Chef Riz mengambil pendekatan untuk “mengunci mulut” selepas tersebar gosip kekasihnya iaitu pelakon Ana Dahlia,28, kononnya sudah bergelar janda.

Chef Riz yang juga pengacara MasterChef Malaysia, memberitahu, bapanya iaitu Datuk Chef Wan tidak membenarkan Riz memberikan apa-apa kenyataan tentang kisah cintanya dengan Ana melainkan sekiranya mahu menyentuh soal kerjaya.

“Saya tak boleh jawab apa-apa soalan tentang Ana atas nasihat bapa saya. Lagipun kami sedang berkawan baik dan tidak mahu sekiranya jawapan yang saya berikan nanti melukakan hati mana-mana pihak. Saya bimbang jika komen saya nanti akan menimbulkan pergaduhan di antara kami kemudian hari” kata Riz ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Ahad lalu sebuah akhbar mingguan melaporkan Ana Dahlia yang berasal dari Taiping, Perak sebenarnya berstatus janda dan pernah dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum menyertai AirAsia sebagai pramugari.

Jelas Riz, dia sekarang ini sedang sibuk dengan penglibatannya sebagai salah seorang juri tetap dan hos MasterChef Malaysia yang dijangka akan menemui penonton tidak lama lagi di Astro Ria (saluran 104).

“Saya akan mula menjalani penggambaran MasterChef Malaysia pada Selasa yang turut melibatkan empat chef lain selaku juri. Saya agak bertuah kerana merupakan chef termuda di kalangan chef lain yang menjadi juri dalam program yang dirakamkan selama 66 episod itu. Saya juga dipanggil untuk menjalani uji bakat oleh pihak Astro sebelum terpilih sebagai hos” ujarnya lagi.

Status, Ana, Dahlia, Chef Riz, Diarah, Kunci, Mulut, Mohd. Nadzri Redzuawan, mengambil, pendekatan, mengunci, mulut, tersebar, gosip, kekasihnya, pelakon, Ana Dahlia, bergelar, janda,pengacara, MasterChef, Malaysia, memberitahu, bapanya, Datuk, Chef, Wan, membenarkan, Riz, kenyataan, tentang, kisah, cintanya, sekiranya, menyentuh, soal, kerjaya, artis melayu, artis malaysia, hiburan tempatan, artis wanita, hiburan terkini, artis cantik, hiburan asia, artis foto, artis gambar, artis wanita antarabangsa, gosip artis, hiburan, hiburan pilihan, foto hiburan, gambar hiburan, galeri hiburan, berita hiburan, artis video, cerita artis, Astro, Ria