Stefanie seksi tapi elegan

Stefanie seksi tapi elegan

Gadis berwajah manis ini hadir di lokasi penggambaran tepat pada masa yang dijanjikan.

Tanpa mengeluh walaupun terpaksa berjalan jauh dengan kasut bertumit hampir lima inci, komitmen Stefanie Chua terserlah.

Memiliki wajah yang matang biarpun masih muda, dia petah berkongsi misi hidupnya. Realitinya, dia juga bijak berbicara walaupun baru berusia 22 tahun.

Masih menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perhubungan dan Pemasaran di Kolej Universiti Segi, Stefanie juga aktif sebagai model sambilan.

Berkongsi rahsia kecantikannya, dia menjaga pemakanan, banyak makan pisang dan bersenam.

“Saya juga minat berenang dan sukan. Kebetulan keluarga saya bermain tenis dan saya sendiri pernah mewakili sekolah. Sejak umur tujuh tahun, saya mahu menjadi model.

Emak saya seorang model dan saya suka melihat dia pakai kasut tinggi dan bersolek.

Masa itu, saya terfikir ingin jadi seperti dia suatu hari nanti,” ujar pemenang tempat kedua pertandingan ratu cantik Malaysia Dunia 2009 ini.

Berbicara tentang cita-citanya, dia mahu menamatkan pengajian dengan cemerlang. Dalam pada itu, dia juga berjinak-jinak menceburi dunia lakonan dan pengacaraan.

Oleh kerana jadual pelajaran dan kerjaya yang padat, Stefanie menggunakan khidmat pemandu khas, Chauffer Safe.

Pengalaman eksklusif itu menyebabkan dia selesa dan tidak perlu memandu sendiri.

Kelebihannya, dia tidak perlu takut terlambat ke lokasi pengambaran atau temu janji.

Minat wangian elegan dan seksi yang menggambarkan dirinya, wanita itu ingin mencari seorang lelaki yang baik dan jujur sebagai teman hidupnya.

Mengulas tentang One Drop Perfumes, Stefanie berpendapat wangian tanpa alkohol itu sesuai untuk kulit sensitif.

Stefanie Chua, Stefanie Chua foto, Stefanie Chua web, Stefanie Chua info, Stefanie Chua maklumat, Stefanie Chua hiburan, Stefanie Chua misteri, Stefanie Chua berita, Stefanie Chua bio, Stefanie Chua malaysia, Stefanie Chua kawan, Stefanie Chua artis, Stefanie Chua bf1, Stefanie Chua dunia,Stefanie Chua miss world