Tag Archives: akan

Konsert Alam: M Nasir Rujuk Peminat

M Nasir,M Nasir Artist, M Nasir lagu,M Nasir musik, M Nasir mtv, M Nasir berita, M Nasir Web,M Nasir galeri, M Nasir foto,M Nasir portofolio,M NasirM NasirM NasirM NasirM Nasir, album, info, terbaru,M Nasir pos,M Nasir surat,M Nasir

Konsert Alam: M Nasir Rujuk Peminat

1292009_kembaranasira

KUALA LUMPUR, 309 JAN 2009: Falsafah tentang kehidupan, muzik serta lukisan menjadi faktor penting bagi Konsert Alam Muzik M Nasir di Istana Budaya (IB) selama 3 malam iaitu 27 dan 28 Februari serta 1 Mac depan.
Dianjurkan Boxoffice Malaysia, konsert hebat itu akan menampilkan persembahan solo M Nasir bersama 10 pemuzik profesional  tanpa mengundang mana-mana artis.M Nasirberkata, agak rumit baginya untuk menjayakan konsert tersebut kerana sepanjang 30 tahun berjuang, dia telah mempunyai khazanah yang kini hampir menjangkau 500 buah lagu. “Saya terpaksa tanya sendiri kepada peminat melalui Facebook, lagu-lagu apakah yang patut saya nyanyikan. Macam-macam yang telah mereka cadangkan.  “Apa yang bakal saya persembahkan nanti adalah perjalanan seni daripada 1978 hinggalah hari ini. Dalam waktu itu anda akan dapat melihat sendiri perkembangan muzik yang berubah dalam kerjaya seni saya.  “Bermula dengan sentimental kepada kerakyatan, kemudian kepada rock, Irama Malaysia , world music sehinggalah hip hop. Tapi yang nyatanya tumpuan utama saya nanti akan lebih menjurus kepada fusion world music,” katanya. M Nasir berkata, dia tidak hanya akan menyanyikan lagu dendangannya semata-mata tetapi juga lagu ciptaan beliau untuk penyanyi lain malah lagu karya orang lain juga. Jelas M. Nasir lagi, dia juga menyedari tentang trend muzik sekarang sudah banyak berubah. Apatah lagi dengan kemunculan band muzik Indie yang begitu banyak sejak kebelakangan ini.  “Tetapi saya juga seorang yang mengikuti trend dan saya juga suka sesuatu yang baru. Saya turut meminati muzik punk. Percaya atau tidak, saya memang minat gila dengan muzik punk. Saya  juga minat hip hop. Jadi, apabila setiap kali saya cuba membuat pembaharuan menggunakan genre muzik sebegini, saya akan cuba sampaikan mengikuti kesesuaian suara saya. “Bagaimana untuk menarik perhatian pembeli muda, saya rasa ia bergantung kepada lagu dan cara penyampaian. Selalunya, kalau orang sudah terbitkan sesuatu aliran muzik, dia hanya akan tertumpu pada aliran muzik sebegitu saja. Tapi, saya tidak mahu begitu,” katanya.

Ming Mi mengambil cuti dari Wonder Girls

Ming Mi mengambil cuti dari Wonder Girls

Wonder Girls ahli Ming Mi, alias Mimi, telah mengumumkan bahawa ia akan meninggalkan kumpulan tersebut untuk berehat dari kerjaya muziknya dan untuk mengejarnya study.

JYP Hiburan berkata, “Mimi punya benar-benar tak terlupakan, sekali dalam seumur hidup sementara pengalaman hidup di Amerika Syarikat dan tur lebih dari 50 bandar.
Kami menyokong keputusannya untuk mengejar kerjaya akademik saat ini. Kami juga akan menyokong Mimi jika dia memilih untuk kembali ke menyanyi selepas akademik nya secara lengkap. Sementara itu, ia merancang untuk kemudahan JYP sering dan terus menari dan kelas vokal. ”
Mimi akan tetap dengan Wonder Girls di AS, meneruskan dengan jadual persembahan dan aktiviti sampai akhir Februari. Pada Mac, dia akan kembali ke Korea dan mempersiapkan untuk fokus pada studinya.

Sun Mi,Sun Mi berita,Sun Mi gambar,Sun Mi blog,Sun Mi foto,Sun Mi bergaya,Sun Mi video,Sun Mi mtv,Sun Mi baby,Sun Mi seksi,Sun Mi website,Sun Mi fesyen,Sun Mi Web,Sun Mi lagu,Sun Mi porno,Sun Mi  filem,Sun Mi myspace,Sun Mi oscar,Sun Mi bintang,Sun Mi Syuting,Sun Mi aktris,Sun Mi fesyen, Sun Mi model,Sun Mi berpesta,Sun Mi model,Sun Mi bikini,Sun Mi tubuh cantik,Sun Mi bugil, Sun Mi galeri,Sun Mi hiburan, Sun Mi busana

Bunkface Hangatkan Sunburst KL 2009

Bunkface ,Bunkface Artist,Bunkface lagu,Bunkface musik,Bunkface mtv, Bunkface berita, Bunkface Web,Bunkface galeri, Bunkface foto,Bunkface portofolio,Bunkface album,Bunkface info,Bunkface film,Bunkface terbaru,Bunkface pos ,Bunkface surat ,Bunkface mail.

Bunkface Hangatkan Sunburst KL 2009

l_6613cb2c71c82aca74c66d9288e27581

KUALA LUMPUR, 17 FEB 2009: Diberi peluang menjayakan festival muzik antarabangsa Sunburst KL 2009 yang bakal berlangsung bulan depan barangkali menjadi salah satu pencapaian terbaik bagi kumpulan Bunkface.

Lebih-lebih lagi apabila mereka dapat beraksi bersama barisan artis antarabangsa terkemuka serta beberapa band Indie senior lain iaitu Butterfingers, Meet Uncle Hussain serta Estranged.

“Kami rasa seperti tidak percaya apabila pihak penganjur menawarkan kami peluang untuk beraksi dalam Sunburst KL 2009. Maklumlah, kebanyakan artis yang pernah beraksi sebelum ini adalah dari kalangan mereka yang sudah established.

“Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kami yang masih setahun jagung ini. Tapi, dengan kepercayaan yang diiberikan ini, kami akan cuba sedaya upaya untuk membuat yang terbaik.

“Kami akan berusaha keras untuk memastikan persembahan kami nanti mempunyai tahap yang boleh dibanggakan atau pun setidak-tidaknya boleh dianggap setanding dengan band senior lain yang bakal beraksi nanti,” kata vokalisnya, Sam.

Berbeza pula dengan Butterfingers, kehadiran artis luar terkenal dalam festival muzik tidak sedikit pun membuatkan mereka rasa teruja, sebaliknya mereka lebih menekankan kepuasan peminat menerusi corak  persembahan mereka pada malam itu nanti.

“Sudah tentulah kami akan rasa seronok jika digandingkan bersama artis luar ini di atas pentas yang sama. Lebih-lebih lagi, kalau artis luar itu adalah Coldplay sebagaimana yang khabarkan sebelum ini.

“Tapi, ia bukanlah matlamat utama kami menerima tawaran untuk beraksi dalam Sunburst kali ini. Apa yang kami lakukan ini tidak lebih semata-mata untuk meraikan kemunculan kami bersama album Kembali. Malangnya, untuk persembahan ini, Loque tidak akan dapat bersama-sama dengan kami kerana dia sudah terbang ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pengajiannya di Berklee.

“Tentu dia akan rasa cemburu apabila mendapat tahu kami akan beraksi dalam festival muzik besar itu. Bagaimanapun tempat Loque akan digantikan dengan pemuzik lain yang tidak kurang hebatnya,” kata vokalisnya, Emmet.

Sementara itu, Estranged yang sekali lagi terpilih menganggap bahawa pemilihan mereka itu adalah bukti keyakinan pihak penganjur yang tidak berbelah-bagi terhadap kemampuan mereka selama ini.

“Yalah, bukan senang bagi penganjur untuk menawarkan sesebuah band muzik beraksi buat kali kedua berturut-turut. Atas sebab itu, kami ingin mengambil peluang ini untuk menonjolkan sesuatu yang baru atau lain daripada Estranged yang mungkin peminat tidak pernah tahu.

“Kami harap kali ini kami akan berjaya tampilkan apa yang ingin kami tampilkan. Itu pun kalau penganjur dapat mengikut tempoh masa show sepertimana yang telah ditetapkan di dalam jadual mereka.

“Sebab tahun lalu, penganjur berhadapan dengan masalah untuk menangani perkara ini. Kami tidak salahkan mereka kerana itu adalah percubaan pertama mereka menganjurkan festival muzik Sunburst. Jadi mestilah ada kelemahannya,” kata vokalisnya, Rich.

Meet Uncle Hussein yang turut diberi peluangkali kedua beraksi dalam Sunburst KL 2009 ini pula berazam untuk memberikan persembahan yang lebih baik lagi berbanding tahun lalu.

“Banyak benda yang kalau boleh ingin kami pelajari dalam festival ini nanti. Lebih-lebih lagi bila dapat bergandingan dengan artis luar dalam satu pentas yang sama. Orang selalu kata, kalau kita ingin berjaya, kita harus belajar dari orang yang berjaya,” katanya.

Sunburst KL 2009 anjuran Pineapple Concerst Sdn Bhd bakal diadakan di Polo Pavillion, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort pada 21 Mac ini.