Tag Archives: akim

Tuah angka 3

mainpix1

[media id=186 width=500 height=400]

Tuah angka 3

Finalis Akademi Fantasia 7, Akim, mula merasai bahang jadi artis

RAMAI yang berpendapat pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Akim atau nama sebenarnya, Afiq Akim Ahmad paling ketara menunjukkan transformasi seperti yang diingini dan dipukul canang pengetuanya, Datin Seri Tiara Jacquelina.

Mungkin ada benar juga dakwaan itu kerana siapa sangka bermula sebagai peserta bukan pilihan, dia mula menunjukkan peningkatan demi peningkatan hingga layak melangkah ke pentas akhir AF7.

Hakikatnya di mana juga tangga yang diduduki, ia bukan jaminan dan kepastian bahawa takhta itu akan terus berkekalan dan membuat kita disanjung sampai bila-bila. Sama seperti usia, ia sekadar bilangan nombor yang menunjukkan kematangan. Gelaran atau apa saja penghargaan yang diberikan kepada kita jika tidak dijaga dengan baik mungkin ia akan terus berlalu sepi.

Akhirnya semua berbalik kepada rezeki dan usaha kita untuk terus memastikan kejayaan yang diperoleh itu dimanfaatkan sepenuhnya. Demikian juga yang terjadi kepada pertandingan realiti nyanyian di negara kita seperti AF kerana juara serta bintang ciptaannya hilang tanpa disedari. Bahkan populariti yang dikecapi hanya sekelip mata.

Lumrah dalam putaran kehidupan, ada kalanya kita berada di bawah dan begitulah sebaliknya. Lalu, bagi Akim dia berharap tuah angka tiga itu akan terus memberi sinar berpanjangan. Hadir dengan semangat besar lagi berkobar-kobar tidak setanding dengan usianya 18 tahun, Akim positif untuk memastikan rencana kerjaya seninya disusun dengan baik.

Bayangkan rezeki mula terbentang luas kepadanya kerana baru beberapa hari konsert kemuncak AF7 berakhir, dia dan naib juara AF7, Khairil Azam Pilus (Aril) disambar ‘terbang’ ke Jakarta untuk terbabit dengan penggambaran episod pengenalan sebuah drama muzikal usaha sama Astro dan produksi di sana. Hip difahamkan drama itu turut membabitkan pelakon dari sana.

Hayunan langkahnya baru saja bermula dan jejaka kegilaan ramai ini mengakui kehidupannya kini sudah mula berubah seperti mana yang pernah dilalui bintang AF terdahulu.

Katanya, privasi hidup sudah mula terhakis hari demi hari apabila mula menjadi perhatian umum. Malah, baru sebulan meninggalkan AF7, Akim mula dicop sudah mula ‘kekwat’ biarpun dia sendiri keliru bagaimana perihal itu boleh timbul.

“Saya sedar apabila mula menjadi figura awam hampir setiap inci dan sisi kehidupan kita akan mula ditelanjangkan buat tatapan umum. Mahu atau tidak, saya perlu membiasakan semua itu dan melihatnya daripada sudut yang positif. Ia juga membuatkan saya lebih berhati-hati dalam apa juga sudut perkara dan pandangan yang ingin diluah dan lakukan.

“Dengan bakat yang saya miliki, saya akan cuba sedaya mungkin memastikan diri ini tidak mengikuti jejak langkah bintang AF musim terdahulu yang sepi tanpa khabar berita. Saya rasa boleh melakukan yang terbaik dan ingin memberikan sesuatu, paling tidak sumbangan terhadap industri seni tanah air. Untuk itu, saya harus bersedia menerima sebarang kemungkinan yang bakal berlaku pada masa mendatang.

“Realiti hiburan tanah air kita tidak seindah yang disangka. Dalam keghairahan bakat baru seperti saya mahu menjadi artis, sebenarnya ada sisi perit yang mula saya hadapi. Begitu juga dengan isu saya dikatakan ‘kekwat’, saya tidak melenting dengan hal itu.

“Cuma saya bingung kenapa ia boleh wujud sedangkan saya seorang yang happy go lucky. Mungkin juga apabila saya kepenatan dan tidak senyum, orang mula salah anggap,” katanya yang sudah pun merakamkan kembali single lagu Bengang yang dinyanyikan pada konsert akhir AF7 Mei lalu.

Misi bina nama di luar negara

DITANYA apakah yang mampu dilakukannya untuk terus memartabatkan industri seni yang diterjah kini, Akim dengan nada semangat menjelaskan bahawa dia mempunyai misi yang mungkin akan dipandang sebelah mata oleh sesetengah manusia.

Kata Akim, dia mahu mengukuhkan namanya di peringkat luar negara biarpun dia sedar kebarangkalian untuk berjaya memang amat mustahil.

“Tak salah kita bermimpi atau berangan-angan. Tapi kita kena pastikan semua itu diiringi dengan usaha. Saya tahu semua itu masih jauh untuk saya fikirkan lagi. Sebelum ke peringkat luar, saya kena kukuhkan nama saya di Malaysia terlebih dulu. Saya mahu mengubah pandangan stereotaip sesetengah masyarakat kita yang terlalu memandang rendah terhadap kerja seni.

“Seni bukan sekadar hiburan kosong, sebaliknya maksud istilah itu terlalu luas dan perlu dihargai. Saya mahu terus memperjuangkan seni supaya pemahaman terhadap khazanah hiburan itu dapat dikembangkan lagi dan tidak hanya berada dalam satu takuk semata-mata. Untuk ke pasaran luar, ia bukan semudah yang disangka. Lalu, kita pengkarya seni tempatan harus mengkaji apa yang orang luar mahukan, apa kehendak pasaran yang sebenarnya,” katanya berkobar-kobar.

Cari wanita bertudung

SENGAJA bertanya mengenai kisah peribadi, Akim yang belum berpunya memberitahu dia impikan wanita tidak mudah didekati dan bonus jika wanita itu bertudung seperti artis kegemarannya, Waheeda.

“Saya paling suka dengan awek yang jual mahal dan tidak mudah diumpan dengan kata-kata cinta romantik dan jiwang. Wanita yang sebegitu ada harga diri dan ia menjadi cabaran kepada saya untuk menguratnya. Kalau dijodohkan saya dipertemukan dengan awek yang tidak bertudung, sebagai lelaki saya boleh mendidiknya untuk ke arah itu,” katanya mengakhiri perbualan pada petang itu.

Fotografi sulung Akim bersama Hip berlangsung dengan jayanya pada petang 3 Jun lalu. Pujian wajar diberikan kepadanya kerana mampu beraksi di depan kamera dengan penuh ekspresi. Malahan, jurugambar yang bertugas juga melihat anak muda ini sangat ‘memberi’ dan memudahkan kerjanya.

Sekali pandang, Akim seperti model berpengalaman yang cukup hebat dengan dua persalinan tajaan Hazwani Osman. Mungkin juga bakatnya di depan kamera memberikan pose dan mood berbeza antara punca dia diundang sebagai pelakon.

Buat Akim, semoga terus tabah mengharungi liku dunia seni. Berpijak pada bumi yang nyata dan jangan sesekali lupa daratan.

Pandangan Akim

  • AF7: Menganggap AF musim itu sebagai yang terbaik kerana melahirkan ikon bintang realiti yang terbaik lagi cemerlang. Malahan, pengetuanya, Datin Seri Tiara Jacquelina juga melunaskan tanggungjawabnya dengan baik.
  • Dunia seni: Penuh pancaroba, bukan semua indah seperti yang disangka. Satu pengalaman baru buat dirinya untuk menjadi lebih berhati-hati dalam setiap tingkah laku dan bicara.
  • Bengang: Lagu single yang dinyanyikannya pada pertandingan kemuncak AF7 dan cukup menggemari susunan muzik lagu terbabit.
  • Impian: Ingin menghantar ibu bapanya (Aminah Bahari dan Ahmad Suleiman) mengerjakan haji dan bercita-cita mahu memiliki kereta mewah BMW 5 Series
  • Astro Entertainmet Sdn Bhd: Mengikat kontrak selama tiga tahun dan berharap syarikat itu akan terus memastikan kebajikan artis di bawah naungannya dijaga.Perlu tahu mengenai Akim
  • Kidal
  • Selamba
  • Romantik
  • Tidur dengan hanya memakai seluar pendek
  • Mempunyai kesan lebam di tangan kanannya kesan seterika sewaktu kecil. Kata Akim, dia yang degil dan mencari nahas meletakkan seterika yang panas di tangannya.
  • Sangat manja terutama dengan ibunya, Aminah Bahari.
  • Degil
  • Sudah mula memakai pewangi berjenama Paco Rabbane daripada rangkaian Ultra Violet dan One Million
  • Pernah mencuba nasib menyertai uji bakat One In A Million musim ketiga sebelum ke uji bakat AF7.
  • Tidak suka kepada istilah penat namun realitinya dia sudah mula kepenatan memenuhi komitmen sebagai artis baru. Namun dia reda, kerana ini baru permulaan untuk sebuah perjalanan yang panjang. Sambil berseloroh, Akim memberitahu kalau penat macam-macam perkara boleh terjadi tanpa diduga hingga dia pernah dicop sudah mula ‘kekwat’.
  • Datang daripada keluarga yang semuanya mempunyai bakat menyanyi.
  • Tinggal dengan bapa saudaranya di Kajang, Selangor.
  • Berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang muzik selewat-lewatnya pada tahun depan.Profil Akim AF7Nama penuh: Afiq Akim AhmadNama komersial: AkimUmur: 18 tahunTarikh lahir: 18 Januari 1991Tempat lahir: Johor BahruTinggi/Berat: 179 sentimeter / 72 kilogramAdik beradik: Anak ketiga daripada empat beradikPendidikan: Sijil Pelajaran MalaysiaPencapaian: Tempat ketiga AF7Hobi: bermain futsalLaman web: www.afiqhakim.com (disokong ahli kelab peminatnya, Gafim dan Akim menggunakan nama chat, AK3M di laman sesawang itu)

    Emel: poteto_akem@yahoo.com

    Tajaan pakaian: Hazwani Osman (hazwanieosman@gmail.com atau https://hazwanieosman.blogspot.com)

    Solekan: Ap Temerloh (019-9697607)

    Akim, Akim musik, Akim video, Akim foto, Akim cinta, Akim berita, Akim awek, Akim kontraksi, Akim Hiburan, Akim malaysia, Akim Melayu, Akim Indon, Akim Indonesia, Akim gambar, Akim cerita, Akim pilihan, Akim kl, Akim bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,A rtisArtis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan

  • Akademi Fantasia : Aril Masuk Balik

    Akademi Fantasia : Aril Masuk Balik,Aril AF7 mtv,Aril AF7 berita,Aril AF7 Web,Aril AF7 galeri, Aril AF7 foto,Aril AF7 portofolio,Aril AF7 album, Aril AF7 info,Aril AF7 filem,Aril AF7 terbaru,Aril AF7 pos,Aril AF7 surat, Aril AF7 mail, Aril AF7 model,Aril AF7 model antarabangsa,Aril AF7 bergaya,Aril AF7 terkenal, Aril AF7 popular, Aril AF7 myspace,Aril AF7 youtube,Aril AF7 facebook, Aril AF7 friendster, Aril AF7 tagged, Aril AF7 yahoo massanger,Aril AF7 blog,Aril AF7 menarik, Aril AF7 unik,Aril AF7 wajah,Aril AF7 rahsia,Aril AF7 biodata,Aril AF7 hiburan,Aril AF7 terkini,Aril AF7 seksi,Aril AF7 misteri,

    Akademi Fantasia : Aril Masuk Balik

    Khairil Azam Pilus atau Aril berjaya menempah tempat ke konsert akhir Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) minggu depan apabila dia diserap semula menerusi undian AF Masuk dan sekaligus menyertai empat peserta akhir lain iaitu Ismaliza Ismail (Isma), Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz), Afiq Hakim Ahmad (Akim) dan Mohd Yazid Ibrahim (Yazid).

    AKADEMI FANTASIA

    Menerusi undian AF Masuk yang boleh dilakukan oleh penonton sejak minggu lalu itu, Aril yang tersingkir pada minggu ketujuh yang lalu telah menerima undian tertinggi sebanyak 52.5 peratus menewaskan sembilan lagi peserta yang turut tersingkir sebelum ini iaitu Aishah dengan 26.6 peratus, Zizi (7%), Sidi (6%), Claudia (5%), Qhaud (2%), Rini (0.8%), Rubisa (0.4%), Obri (0.3%) dan Nas Adila (0.2%).

    af7-finalist

    Akademi Fantasia: Claudia dan Aishah Tersingkir

    Akademi Fantasia: Claudia dan Aishah Tersingkir,Akademi Fantasia mtv,Akademi Fantasia berita,Akademi Fantasia Web,Akademi Fantasia galeri, Akademi Fantasia foto,Akademi Fantasia portofolio,Akademi Fantasia album, Akademi Fantasia info,Akademi Fantasia filem,Akademi Fantasia terbaru,Akademi Fantasia pos,Akademi Fantasia surat, Akademi Fantasia mail, Akademi Fantasia model,Akademi Fantasia myspace,Akademi Fantasia youtube,Akademi Fantasia facebook, Akademi Fantasia friendster, Akademi Fantasia tagged, Akademi Fantasia hiburan, Akademi Fantasia terkini,

    Akademi Fantasia: Claudia dan Aishah Tersingkir

    Isma Pengsan

    Ismaliza Ismail (Isma) pengsan sebentar selepas konsert minggu kelapan, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) berakhir, semalam ekoran dua rakannya Claudia dan Aishah tersingkir.

    Mereka terkeluar daripada kancah persaingan selepas mendapat undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah walaupun peringkat akhir AF7 hanya berbaki dua minggu lagi.

    isma-menahan-pilu

    Isma, 30, sebelum itu, menangis sambil memeluk erat mereka kerana tidak dapat mengawal emosi selepas pengacara AF7, AC Mizal membuat pengumuman penyingkiran dua rakannya itu di babak akhir konsert itu.

    Malah, pada suatu ketika, Isma kelihatan diusung ke bilik rawatan oleh para pekerja dengan ditemani rakan-rakan seperjuangan lain.

    2tersingkir_tiara

    Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul dalam sidang akhbar sejurus itu berkata, keadaan Isma bagaimanapun tidak serius dan penyanyi itu telah beransur pulih.

    “Isma tidak apa-apa. Dia mungkin letih tetapi dia dah boleh cakap dengan kawan-kawannya. Dia okey sekarang,” katanya.

    tiara_umum_afmasuk

    Sementara itu, Khairul Mizan memberitahu, dari segi peratusan undian SMS yang diterima peserta AF7, Yazid memperolehi 22 peratus diikuti Hafiz (21 peratus), Isma (20 peratus), Akim (14 peratus), Aishah (13 peratus) dan Claudia (11 peratus).

    Dengan penyingkiran dua peserta tersebut, peserta lelaki yang kekal ialah Mohd Yazid Kamal Ibrahim, 22, (Johor Bahru), Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, (Sarawak) dan Afiq Hakim Ahmad, 18, (Johor Bahru).

    jangannangis1

    Peserta, Ismaliza Ismail dari Kuala Lumpur pula merupakan satu-satunya peserta perempuan yang masih meneruskan perjuangan dalam AF7.