Tag Archives: alam

Arni Nazira Ex-Isteri Awie, nak Kahwin Lagi?

Arni Nazira Artist, Arni Nazira lagu,Arni Nazira musik, Arni Nazira mtv, Arni Nazira berita, Arni Nazira Web,Arni Nazira galeri, Arni Nazira foto,Arni Nazira portofolio,Arni Nazira album,Arni Nazira info,Arni Nazira film,Arni Nazira terbaru,Arni Nazira pos,Arni Nazira surat,Arni Nazira

Arni Nazira Ex-Isteri Awie, nak Kahwin Lagi?

arni-nazira

Lama tak dengar khabar penyanyi dan pelakon Arni Nazira yang macam menyepi selepas bercerai dengan Awie, Arni ada berlakon, tapi nampaknya kemunculan Arni tidak sehangat sebagaimana selepas dia kembali berlakon dulu.

Tapi ada sumber yang memberitahu yang Arni bakal menamatkan alam janda yang sedang dilaluinya sekarang.

Dengar-dengarnya Arni akan menukar statusnya pada bulan Mac ini. Yalah Arni masih muda takkan mahu bersendirian.

Apatah lagi Awie sekarang sedang bahagia dengan keluarga barunya.

Khabarnya Arni bakal berkahwin dengan lelaki yang pernah dikenalinya semasa dia belum berkahwin. Apabila berjodoh dengan Awie, Arni melupakan lelaki tersebut.

Kata orang kalau ada jodoh tidak ke mana. Arni kini solo dan tidak ada masalah kalau mahu membina rumah tangga semula. Kalau benar tahniahlah di ucapkan.


Konsert Alam: M Nasir Rujuk Peminat

M Nasir,M Nasir Artist, M Nasir lagu,M Nasir musik, M Nasir mtv, M Nasir berita, M Nasir Web,M Nasir galeri, M Nasir foto,M Nasir portofolio,M NasirM NasirM NasirM NasirM Nasir, album, info, terbaru,M Nasir pos,M Nasir surat,M Nasir

Konsert Alam: M Nasir Rujuk Peminat

1292009_kembaranasira

KUALA LUMPUR, 309 JAN 2009: Falsafah tentang kehidupan, muzik serta lukisan menjadi faktor penting bagi Konsert Alam Muzik M Nasir di Istana Budaya (IB) selama 3 malam iaitu 27 dan 28 Februari serta 1 Mac depan.
Dianjurkan Boxoffice Malaysia, konsert hebat itu akan menampilkan persembahan solo M Nasir bersama 10 pemuzik profesional  tanpa mengundang mana-mana artis.M Nasirberkata, agak rumit baginya untuk menjayakan konsert tersebut kerana sepanjang 30 tahun berjuang, dia telah mempunyai khazanah yang kini hampir menjangkau 500 buah lagu. “Saya terpaksa tanya sendiri kepada peminat melalui Facebook, lagu-lagu apakah yang patut saya nyanyikan. Macam-macam yang telah mereka cadangkan.  “Apa yang bakal saya persembahkan nanti adalah perjalanan seni daripada 1978 hinggalah hari ini. Dalam waktu itu anda akan dapat melihat sendiri perkembangan muzik yang berubah dalam kerjaya seni saya.  “Bermula dengan sentimental kepada kerakyatan, kemudian kepada rock, Irama Malaysia , world music sehinggalah hip hop. Tapi yang nyatanya tumpuan utama saya nanti akan lebih menjurus kepada fusion world music,” katanya. M Nasir berkata, dia tidak hanya akan menyanyikan lagu dendangannya semata-mata tetapi juga lagu ciptaan beliau untuk penyanyi lain malah lagu karya orang lain juga. Jelas M. Nasir lagi, dia juga menyedari tentang trend muzik sekarang sudah banyak berubah. Apatah lagi dengan kemunculan band muzik Indie yang begitu banyak sejak kebelakangan ini.  “Tetapi saya juga seorang yang mengikuti trend dan saya juga suka sesuatu yang baru. Saya turut meminati muzik punk. Percaya atau tidak, saya memang minat gila dengan muzik punk. Saya  juga minat hip hop. Jadi, apabila setiap kali saya cuba membuat pembaharuan menggunakan genre muzik sebegini, saya akan cuba sampaikan mengikuti kesesuaian suara saya. “Bagaimana untuk menarik perhatian pembeli muda, saya rasa ia bergantung kepada lagu dan cara penyampaian. Selalunya, kalau orang sudah terbitkan sesuatu aliran muzik, dia hanya akan tertumpu pada aliran muzik sebegitu saja. Tapi, saya tidak mahu begitu,” katanya.

Takpelah, Itu Bukan Gambar Bogel Sarah…

Sarah ,Sarah Artist, Sarah lagu,Sarah musik, Sarah mtv, Sarah berita, Sarah Web,Sarah galeri, Sarah foto,Sarah portofolio,Sarah album,Sarah info,Sarah film,Sarah terbaru,Sarah pos ,Sarah surat ,Sarah mail.

Takpelah, Itu Bukan Gambar Bogel Sarah…

1212008_putrisaraha


KUALA LUMPUR,  4 DIS 2008: Seantero Malaya sudah tahu filem pertama lakonan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 23, bersama Mawi iaitu Aduh Saleha, masih terbengkalai dan mencetuskan kontroversi.

Selain itu, keghairahan Sarah yang berkongsi foto peribadinya bersama teman lelaki dalam sebuah laman komuniti tidak lama dulu, turut membuatkan namanya hangat diperkatakan. Teruknya juga dia dikecam.

Di tengah-tengah kontroversi itu jugalah Sarah yang baru saja menerima diploma dalam jurusan Pengurusan Hotel Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dipilih pula untuk berlakon dengan Nabil Raja Lawak dalam filem Lu Fikirlah Sendiri de Movie.

“Mengenai filem Aduh Saleha yang tertangguh, itu bukannya salah Sarah. Cuma mungkin rezeki tidak menyebelahi Sarah lagi kerana masalah bajet untuk filem itu. Kalau nak cakap Sarah kecewa, memang Sarah kecewa dan sedih. Tapi apa nak buat, Sarah sendiri tak tahu bila agaknya filem ini akan dapat meneruskan pengambarannya semula.

“Sekarang tumpuan Sarah hanya kepada filem Lu Fikirlah Sendiri de Movie. Sarah pegang watak sebagai teman wanita Nabil, anak orang kaya yang sombong,” katanya kepada murai.com.my.

Filem berbentuk komedi romantik muzikal itu diarah oleh Aminah Rhapor dan masih menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang.

Filem berbajet  RM1.5 juta yang diterbitkan SDAF Pictures Sdn Bhd itu turut menampilkan Tasha AF4, Umi Nazeera, Zizan Raja Lawak dan Meet Uncle Hussein serta penampilan istimewa Mila, Amy Search, Faizal Tahir, Zaibo Aziz M Osman, Harun Salim Bachik dan Liza Othman.

Sarah berkata, dua ‘tragedi’ yang menimpanya sebelum ini bagaimanapun tidak melemahkan semangatnya untuk terus aktif berlakon walaupun bidang berkenaan hanyalah sekadar pengisi masa lapangnya semata-mata.

Menyedari bidang pelajaran begitu penting, Sarah berkata dia bakal meneruskan pengajian ke tahap ijazah pula dalam bidang serupa tahun depan yang memungkinkan dia terbang di Perancis pula.

“Sarah tidak serik walaupun filem Aduh Saleha belum menjadi kenyataan. Harap-harap Lu Fikirlah Sendiri de Movie akan siap seperti yang dirancangkan.

“Tentang penyebaran gambar peribadi itu, Sarah tak mahu cakap lebih-lebih sebab orang yang menjadikannya sebagai kontroversi, hanya kerana Sarah berlakon filem Aduh Saleha. Baiklah Sarah berdiam saja. Sarah tak kisah apa orang nak cakap sebab Sarah tahu apa yang Sarah buat. Lagipun takpelah, itu bukanlah gambar bogel Sarah. Jadi biarlah Sarah diamkan saja,” katanya.

Terbaru Puteri Sarah yang meraikan ulang tahunnya yang ke-23 turut menerima tawaran berlakon drama Kisah Yusof dan Dendam. Gara-gara popularitinya itu, Sarah juga terpilih oleh pembaca majalah fesyen EH! sebagai salah seorang selebriti 20 Yang Anggun.