Tag Archives: amal

Jessica Alba sertai kickball

Jessica Alba sertai kickball

Aktres Jessica Alba bukan saja telah menjadi seorang ibu tetapi kini ‘bergelar’ atlet pula.

Aktres berbakat besar itu mempamerkan kehebatannya bersukan apabila menyertai satu majlis amal sukan kickball di Santa Monica, semalam.

Suaminya, Cash Warren dan anak perempuan mereka, Honor Marie, 2, turut hadir memberi sokongan kepadanya di tepi padang.

Memakai seluar sukan putih, baju T biru dan kasut sukan ‘converse’, Alba mengambil bahagian dalam satu majlis amal ‘Rising Stars of America All Stargame’.

Pertubuhan amal itu yang diasaskan oleh Baron Davis, pemain posisi ‘point guard’ pasukan Los Angeles Clippers, adalah satu badan bukan berasaskan keuntungan yang menganjurkan kem-kem bola keranjang, klinik dan pertandingan sepanjang tahun dengan objektif membantu membina kemahiran kepimpinan golongan muda.

Awal minggu lalu, aktres tersebut diminta berhenti di tepi jalan di Beverly Hills oleh seorang polis peronda selepas dilihat memandu laju.

Sebaik-baik menurunkan cermin kereta sambil tersenyum, polis tersebut menyedari dia telah menghentikan Alba dan bintang filem Open Water itu dibenarkan memandu semula selepas berbual mesra.

Ibu muda berusia 29 tahun itu baru kembali ke Los Angeles selepas satu percutian panjang di Perancis.

Dia tiba di Perancis tanpa ditemani suaminya pada awal Julai bagi menyertai pertunjukan fesyen pada Minggu Fesyen Paris.

Selepas pertunjukan fesyen tersebut, Alba ke Provence, selatan Perancis, untuk bertemu Warren di rumah milik ibu kepada suaminya itu.

Jessica Alba, Jessica Alba foto, Jessica Alba web, Jessica Alba info, Jessica Alba maklumat, Jessica Alba hiburan, Jessica Alba misteri, Jessica Alba berita, Jessica Alba bio, Jessica Alba malaysia, Jessica Alba kawan, Jessica Alba artis, Jessica Alba bf1, Jessica Alba hos

Zahida Dan Noryn Terima Pingat AMN Selangor

Zahida Dan Noryn Terima Pingat AMN Selangor,Zahida Dan Noryn mtv,Zahida Dan Noryn berita,Zahida Dan Noryn Web,Zahida Dan Noryngaleri, Zahida Dan Noryn foto, Zahida Dan Noryn portofolio, Zahida Dan Noryn album, Zahida Dan Noryn info, Zahida Dan Noryn filem,Zahida Dan Noryn terbaru, Zahida Dan Noryn pos,Zahida Dan Noryn surat, Zahida Dan Noryn mail, Zahida Dan Noryn model, Zahida Dan Noryn model antarabangsa, Zahida Dan Noryn bergaya, Zahida Dan Noryn hebat, Zahida Dan Noryn badan fit, ,Zahida Dan Noryn terkenal, Zahida Dan Noryn popular, Zahida Dan Noryn myspace,Zahida Dan Noryn youtube, Zahida Dan Noryn facebook, Zahida Dan Noryn friendster, Zahida Dan Noryn tagged, Zahida Dan Noryn yahoo massanger, Zahida Dan Noryn blog, Zahida Dan Noryn menarik, Zahida Dan Noryn unik,Zahida Dan Noryn wajah, Zahida Dan Noryn rahsia, Zahida Dan Noryn biodata, Zahida Dan Noryn hiburan, Zahida Dan Noryn terkini,Zahida Dan Noryn seksi, Zahida Dan Noryn misteri,

Zahida Dan Noryn Terima Pingat AMN Selangor

Aktres Zahida Rafik dan penyanyi Noryn Aziz dianugerahkan pingat AMN oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Shah Alam (20/4).

Bersempena dengan penganugerahan tersebut, kedua-duanya bakal menerima pingat dan sijil penghargaan daripada Sultan Selangor.

Sejurus menghubungi kedua-dua artis terkenal ini, kedua artis ternama ini meluahkan perasaan gembira dengan anugerah tersebut sekaligus merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Selangor.

rafiq111

Namun dalam masa yang sama Zahida menunjukkan reaksi terkejut kerana sebolehnya dia mahu menyorok berita tersebut daripada pengetahuan umum.

“Setelah mengetahui berita ini, saya hanya memaklumkan kepada keluarga terdekat saya. Kalau boleh saya tidak mahu memberitahu kepada orang lain walaupun kawan-kawan dan wartawan. Pada mulanya, mereka menghubungi saya dan meminta saya ke pejabat Kerajaan Negeri. Saya terkejut apabila menerima surat daripada Kerajaan Negeri Selangor di rumah baru-baru ini,” katanya.

Menurut Zahida, dia tidak mengetahui atas kriteria apa yang membuatkan dia terpilih untuk menerima anugerah tersebut.

Baginya, mungkin disebabkan tuahnya yang merupakan anak jati Selangor, berstatus seorang pelakon dan selalu membuat kerja kebajikan.

“Sehingga sekarang saya masih tertanya-tanya kenapa dan berasa terharu bercampur gembira dengan anugerah ini kerana bukan senang nak dapat. Ramai lagi pelakon lain yang bertungkus-lumus dalam bidang lakonan. Kiranya, saya tak perlu tunggu untuk mendapat anugerah Pelakon Terbaik,” ujarnya dalam nada ceria.

Zahida berkata dia akan lebih menumpukan kepada kerja amal seperti kutipan derma untuk anak-anak yatim dan Palestin.

Sementara itu, penyanyi seksi Noryn Aziz pula menganggap apa yang dia kerjakan selama ini mendapat perhatian daripada pihak tertentu.

“I am proud of it. Mungkin pencapaian sebelum ini dipandang sejak saya membuat ‘come back’ hampir dua tahun ini. Kita hanya berusaha tetapi tidak ‘expect’ untuk mendapat apa-apa anugerah. Alhamdulillah, apa yang saya lakukan dipandang baik oleh pihak tertentu ‘especially’ Sultan Selangor. Mungkin ia ‘valuable’ untuk Kerajaan Selangor,” jawab Noryn dalam nada merendah diri.

Noryn banyak membuat persembahan korporat dan telah memasuki pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu.

Noryn membawa pulang tiga pingat emas dan satu perak menerusi kategori pop, R&B jazz, komposisi asli serta broadway, selain dinobatkan sebagai Penyanyi Pop Terbaik.

“Anugerah AMN ini ibarat satu suntikan semangat kepada saya untuk bekerja lebih keras lagi dalam industri seni ini dan Kerajaan Selangor.Selepas ini, saya merancang untuk mengajar vokal dan muzik kepada mereka yang berminat. Saya rasa apa yang saya pelajari selama ini akan lebih bermanfaat,” luah anak kelahiran Shah Alam ini.

Enggan Cari Jodoh Lagi – Jamal Abdillah

Enggan Cari Jodoh Lagi – Jamal Abdillah, Jamal Abdillah musik, Jamal Abdillah mtv, Jamal Abdillah berita, Jamal Abdillah Web, Jamal Abdillah galeri, Jamal Abdillah foto, Jamal Abdillah portofolio, Jamal Abdillah album, Jamal Abdillah info, Jamal Abdillah filem, Jamal Abdillah terbaru, Jamal Abdillah pos, Jamal Abdillah surat, Jamal Abdillah mail, Jamal Abdillah model, Jamal Abdillah model antarabangsa, Jamal Abdillah bergaya, Jamal Abdillah menawan, Jamal Abdillah hebat, Jamal Abdillah tubuh cantik, Jamal Abdillah badan fit, Jamal Abdillah tubuh fit, Jamal Abdillah badan langsing, Jamal Abdillah terkenal, Jamal Abdillah popular, Jamal Abdillah myspace, Jamal Abdillah youtube, Jamal Abdillah facebook, Jamal Abdillah friendster, Jamal Abdillah tagged,  Jamal Abdillah yahoo massanger, Jamal Abdillah blog, Jamal Abdillah menarik, Jamal Abdillah unik, Jamal Abdillah wajah, Jamal Abdillah rahsia,  Jamal Abdillah biodata, Jamal Abdillah hiburan, Jamal Abdillah terkini, Jamal Abdillah seksi.

Enggan Cari Jodoh Lagi – Jamal Abdillah


KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2009: Kalau ditanya soal kahwin, masih  belum sampai seru lagi bagi Raja Pop Jamal Abdillah untuk mencari pengganti yang lain. Sudah 3 kali dia mendirikan rumahtangga. Sayangnya, ketiga-tiga perkahwinan Jamal itu  gagal diselamatkan.

“Semuanya adalah ketentuan Tuhan. Dulu saya sendiri yang mencari jodoh. Rasanya, sekarang ini saya tak mahu lagi fikir itu semua. Saya mahu fikir tentang diri saya saja. Lebih baiklah saya jaga diri saya sendiri. Kalau tidak kesian pada orang lain sebab mereka pula yang jadi mangsa keruntuhan rumah tangga saya.

“Kalau tetap ada jodoh saya, biarlah jodoh itu yang datang dengan sendirinya. Saya tidak akan menolak. Tak mungkin saya dapat melakukannya (menolak jodoh),” katanya kepada murai.com.my.
Tidak hairanlah mengapa sisa-sisa hidup Jamal kini lebih banyak ditumpukan kepada Pengasih yang kini sudah menjadi sebahagian daripada keluarganya sendiri.

“Hidup mati saya adalah untuk Pengasih sekarang ini. Saya sudah tidak ada keluarga lain. Ayah dan ibu pun sudah tiada. Jadi, Pengasihlah satu-satunya keluarga yang saya ada sekarang ini.

472009_jamalxmahua

“Hendak ke mana pun tiada tempat lagi kecuali Pengasih dan bersama Pengasih juga saya akan terus berjuang, malah bergabung dengan mereka untuk membantu mereka melakukan kerja-kerja amal.

“Sepanjang bersama Pengasih, saya dapat lihat perubahan yang cukup besar berlaku pada diri saya dan ianya adalah satu perubahan yang cukup positif,” katanya dengan penuh bersemangat.

Barangkali apa yang dilakukannya dengan Pengasih mempunyai kena-mengena dengan pembedahan  yang dilakukannya di bahagian kepala. Pembedahan tersebut meninggalkan kesan parut hingga memaksa Jamal mengenakan rambut palsu.

“Sebenarnya, rakan-rakan saya tak bagi saya pakai rambut palsu. Kata mereka, parut tersebut tidak begitu keterlaluan. Tapi saya yang nak guna rambut palsu itu.

“Ia hanya untuk sementara waktu saja. Bila kesan parut itu sudah hilang, saya akan buka semula rambut palsu ini. Bagaimana fesyen rambut palsu yang saya pakai ini? Nampak OK tak?” katanya secara berseloroh.