Tag Archives: ambil

IZ OIAM – Iz Mohon Maaf

IZ Oiam

[media id=182 width=500 height=400]

IZ OIAM – Iz Mohon Maaf

Bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti. Setiap pergerakan dan tingkah laku pastinya akan menjadi perhatian banyak pihak. Jika ada sesuatu yang tidak kena dilakukan, sudah tentu pelbagai cerita kurang sedap akan ditulis sekaligus mencalarkan imej penyanyi tersebut.

Mungkin itulah yang dilalui oleh penyanyi berbakat besar, Iz Sulaini yang mula dicungkil bakatnya melalui program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama. Anak muda berusia 26 tahun ini dilabelkan sombong serta anti media berbahasa Melayu. Benarkah begitu?

Berpeluang mendekati Iz baru-baru ini, dapat dirasakan label yang diberikan kepadanya itu agak kurang tepat. Pada pertemuan tersebut Iz kelihatan cukup santai, ramah dan bijak mengambil hati pihak media yang menemubualnya.

Bagaimanapun anak muda berbakat besar ini tidak menafikan pernah terdengar gosip yang mengatakan dirinya sombong dan dia sendiri tidak tahu bagaimana gosip tersebut boleh tercetus.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana orang boleh cakap saya sombong. Mungkin kerana cara pemakaian dan pembawaan diri saya ketika saya bertemu dengan pihak media. Saya akui saya masih terlalu baru dalam bidang ini dan masih banyak yang perlu saya pelajari.

“Kadang-kadang dalam pertemuan pertama, saya agak senyap kerana tidak mahu dikatakan ‘over’. Tetapi bila saya senyap, orang kata saya sombong pulak. Sedih jugak bila ada orang yang cakap saya sombong sebab saya seorang yang suka berkawan. Tapi saya ambil kritikan tersebut secara positif dan berjanji memperbaiki kelemahan itu.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin pernah beranggapan saya sebegitu. Saya percaya ini semua hanyalah salah faham dan selepas ini saya mahu tonjolkan personaliti diri saya agar orang lebih mengenali saya,” katanya yang baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-26 tahun pada 8 Jun lalu.

Ditanya tentang spekulasi ramai yang mengatakan dia anti media berbahasa Melayu pula, Iz segera menafikannya. Katanya dia tidak pernah memilih media kerana percaya kejayaan seseorang artis itu bergantung rapat dengan pihak media.

“Saya tidak pernah ‘pilih bulu’. Baik media cetak atau elektronik, saya tidak kisah sama ada media berbahasa Melayu atau Inggeris. Buktinya cerita pertama tentang diri saya keluar di dalam majalah berbahasa Melayu.

“Malah saya juga selalu diundang untuk menjayakan program Malaysia Hari Ini di TV3 dan Selamat Pagi Malaysia di RTM. Pada saya mungkin ada orang beranggapan begitu sebab sebelum ini saya selalu menyanyikan lagu-lagu berbahasa Inggeris.

“Oleh sebab itu, saya kini telahpun menghasilkan single Melayu, “Cinta Akhir” yang saya harap dapat mengubah persepsi tersebut. “Cinta Akhir” adalah kerjasama saya dengan komposer dari Indonesia, Bemby Noor dan sehingga kini lagu tersebut mendapat respon yang cukup baik daripada peminat saya,” jelasnya tenang.

Bercerita tentang kerjaya seninya, Iz yang mula berminat dalam seni sejak berusia 12 tahun menyatakan dia kini dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah album penuh. Namun katanya banyak pihak yang memberikan nasihat agar dia menghasilkan single terlebih dahulu kerana keadaan pasaran muzik yang agak lembap.

Oleh sebab itu, Iz yang popular dengan lagu “Gonna Be Alright” sebelum ini mengambil kesempatan untuk memperkenalkan dua buah lagu barunya kepada umum, “Alone” selain “Cinta Akhir” yang diharapkan dapat memberikan tuah kepadanya.

“Saya memang mahu hasilkan album penuh, tetapi saya tak mahu hasilkannya secara terburu-buru kerana saya mahukan album saya benar-benar berkualiti. Itulah sebabnya saya mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkannya.

“Selain itu saya juga mengkaji tentang selera tempatan dengan melihat lagu-lagu yang popular sekarang. Saya yakin konsep album yang saya ketengahkan iaitu pop dengan menyelitkan elemen R&B dan hip hop akan diterima peminat.

“Ini kerana peminat sekarang semakin matang dan bijak mengenai muzik. Pada saya sudah tidak ada lagi istilah muzik urban kerana semua orang tidak kira di bandar atau di kampung boleh menikmati muzik yang mereka sukai.

“Kita jangan fikir orang kampung tidak suka dengan muzik R&B atau hip hop kerana saya menerima banyak respon daripada orang kampung yang sukakan muzik sebegini,” jelas Iz yang memiliki ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi dan pengiklanan dari Royal Melbourne Institute of Technology.

Mengakui persaingan di dalam dunia seni tempatan sangat sengit, Iz yang sentiasa optimis dengan apa yang dilakukannya memberitahu dia mahu menampilkan kelainan agar para peminat mudah mengingatinya. Ini termasuklah daripada aspek imej, personaliti serta lagu-lagu yang dinyanyikannya.

“Sekarang terlalu ramai penyanyi yang berbakat dan saya percaya kalau hanya bersandarkan bakat semata-mata, seseorang itu tidak akan sampai ke mana. Ia perlu disertai dengan pakej termasuklah vokal serta imej yang menarik.

“Selain itu, lagu-lagu yang kita nyanyikan juga tidak boleh syok sendiri. Pendek kata untuk terus cemerlang kita perlu sentiasa belajar dan memperbaiki diri kita,” ujar Iz yang turut berkemampuan mencipta lagu dan menulis lirik.

IZ Oiam

IZ Oiam, IZ Oiam musik, IZ Oiam video, IZ Oiam foto, IZ Oiam cinta, IZ Oiam berita, IZ Oiam awek, IZ Oiam kontraksi, IZ Oiam Hiburan, IZ Oiam malaysia, IZ Oiam Melayu, IZ Oiam gambar, IZ Oiam cerita, IZ Oiam pilihan, IZ Oiam kl, IZ Oiam bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,A rtisArtis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, berita, hiburan, artis, video, foto, album, awek, cari berita, cari artis, cari gambar, cari jodoh, cari lelaki, cari cari, cari malaysia

Abby Abadi Nafi Zul Tumpang Popularitinya

Abby Abadi Nafi Zul Tumpang Popularitinya, Abby Abadi musik, Abby Abadi mtv, Abby Abadi berita, Abby Abadi Web, Abby Abadi galeri, Abby Abadi foto, Abby Abadi portofolio, Abby Abadi album, Abby Abadi info, Abby Abadi filem, Abby Abadi terbaru, Abby Abadi pos, Abby Abadi surat, Abby Abadi mail, Abby Abadi model, Abby Abadi model antarabangsa, Abby Abadi bergaya, Abby Abadi menawan, Abby Abadi hebat, Abby Abadi tubuh cantik, Abby Abadi badan fit, Abby Abadi tubuh fit, Abby Abadi badan langsing, Abby Abadi terkenal, Abby Abadi popular, Abby Abadi myspace, Abby Abadi youtube,  Abby Abadi facebook, Abby Abadi friendster, Abby Abadi tagged,  Abby Abadi yahoo massanger, Abby Abadi blog, Abby Abadi menarik, Abby Abadi unik, Abby Abadi wajah, Abby Abadi rahsia,  Abby Abadi biodata, Abby Abadi hiburan, Abby Abadi terkini, Abby Abadi seksi.

Abby Abadi Nafi Zul Tumpang Popularitinya

Selepas perceraiannya dari Norman Hakim, diingatkan drama dalam hidup Abby Abadi sudah berakhir. Namun, sebaliknya yang terjadi. Lepas satu, satu kontroversi yang timbul, semuanya gara-gara persahabatannya dengan Zulkifli Ariffin, teman lakon terbarunya dalam drama bersiri ‘Gerak Khas’. Perhubungan mereka mula diperkatakan orang apabila dilihat ke mana-mana bersama, lebih-lebih lagi ketika itu Abby masih dalam tempoh edah.

abby

Pada bulan Januari lalu, perhubungan mereka sekali lagi dipersoalkan ramai selepas paparan ‘Melodi’ yang telah merakamkan detik mereka keluar bersama dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang selepas pulang dari Guangzhou, China. Bila diminta menjelaskan keadaan, mereka memberitahu lawatan ke Guangzhou ditemani dua orang rakan dan tujuannya atas urusan perniagaan.

Yang terbaru, Ahad lalu dalam akhbar Utusan Malaysia, dikatakan Abby kini seakan ‘pegawai promosi’ Zul, sibuk menolongnya mencari peluang berlakon. Ikutkan cerita, Abby telah mendesak seorang produser untuk mengambil Zul berlakon bersamanya dalam satu telemovie. Akhirnya, produser tersebut terpaksa bersetuju disebabkan “pujukan demi pujukan” Abby, walaupun perancangan awalnya ingin mencari pelakon lain.

“Ia (artikel itu) seakan-akan cuba menjatuhkan imej saya. Saya tak rasa benda ini ke tahap ‘pegawai promosi’. Saya cuma bagi cadangan pada produser. Ini bukan satu perkara baru. Pernah sebelum ini bila sebuah syarikat produksi itu mengambil saya berlakon, ada ditanya saya untuk mencadangkan pelakon-pelakon lain. Saya ada ‘recommend’ tapi ia terpulang pada produser untuk terima atau tidak. Dan bukan nama Zul sahaja yang pernah saya cadangkan,” jelas Abby bila ditemui petang semalam semasa sidang akhbar ‘Segalanya Ku Terima’.

“Cerita yang dikeluarkan kelihatan seakan saya merayu untuk digandingkan dengan Zul. Saya boleh berlakon apa-apa watak dan dengan sesiapa saja. Bila diminta menjelaskan perkara tersebut, penulis itu mengatakan ia sekadar gosip tapi ia menjatuhkan maruah saya, menampakkan yang saya ini tak laku. Bila menulis tu, perlulah berpada-pada, jangan berlebih-lebih. Tidak difikirkannya yang saya ada family, status saya…

“Sepanjang karier saya, perkara seperti ini tidak pernah berlaku. Saya tak suka gaduh-gaduh dengan sesiapa. Lagipun wartawan dan artis saling memerlukan. Saya tak kisah diusik. Dan saya tak rasa ini ikutan dari status saya sebagai janda. Sudah menjadi permainan dunia artis. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja. Satu ketika dulu saya melihat ini semua sebagai gurauan. Tapi bila ia sudah sampai tahap mengaibkan saya, rasanya tindakan perlu diambil. Buat masa ini, saya sedang mendapatkan nasihat dari orang sekeliling dan mereka yang lebih berpengalaman.”

Zul, yang turut berada di sidang akhbar tersebut, bila diminta memberi komennya, menyoal kewibawaan produser tersebut. “Pelik bukan kerana dari penulisan itu nampak sejauh mana kuasa produser tersebut. Sepatutnya dia yang lebih tahu apa yang terbaik buat produknya. Jika sudah “terpaksa”, jangan guna kami.”

Tambahnya, jika benarlah penulisan itu ditulis sebagai gosip, mana mungkin informasinya begitu teliti sekali dari tajuk telemovie, untuk siaran dimana dan terang-terang menamakan orang yang terlibat.

zul

“Perkara ini bukan main-main. Ia melibatkan kerja dan hidup. Penulisan itu bukan saja mencemarkan reputasi saya dan Abby malah mengganggu kerja kami. Ia juga memberi gambaran seakan kami ‘desperate’. Bila kami menerima tawaran itu, kami telah memberikan komitmen sepenuhnya. Tawaran-tawaran lain ditolak. Jadi bila perkara ini berlaku, ruginya kami,” terang Zul lagi.

Kata Abby, penulis itu ada meminta maaf dengannya namun semuanya sudah terlambat. Ceritanya lagi, nama Zul sebenarnya yang lepas dulu untuk produksi tersebut sementara namanya tidak. Tetapi produser tersebut mengatakan dia boleh ‘adjust’ skrip untuk memasukkannya sekali.

“Dia yang nak ambil kami berdua tapi lepas tu, lain pula ceritanya. Awalnya, ada timbul masalah komunikasi dengannya tentang jadual dan bayaran tapi diingatkan semuanya sudah diselesaikan dengan baik.

“Dan nak saya jelaskan juga, tidak adil bagi orang untuk cakap yang apa Zul dapat semuanya kerana saya. Saya cadangkan dia sebab rasakan dia ada kelebihannya, ada pakej. Tapi itu hanya cadangan. Kata putusnya pada produser. Kalau dia dapat job itu, itu rezeki dia, tidak boleh pertikaikan.”

Ekoran dari laporan itu, Abby dan Zul telah menarik diri dari produksi tersebut – “Saya yang tarik diri dulu. Zul buat keputusan itu atas dirinya sendiri.” Jelas Abby, apabila produser sendiri sudah nampak buruk pada dirinya, sukar untuknya terus bekerja dengannya. Menurutnya juga, produser itu kini nak saman mereka.

Gambar Close Up Dari Bawah Agnes Monica

Gambar Close Up Dari Bawah Agnes Monica,Agnes Monica mtv,Agnes Monica berita,Agnes Monica Web,Agnes Monica galeri, Agnes Monica foto,Agnes Monica portofolio, Agnes Monica album, Agnes Monica info,Agnes Monica filem,Agnes Monica terbaru,Agnes Monica pos,Agnes Monica surat,Agnes Monica mail, Agnes Monica model,Agnes Monica model antarabangsa, Agnes Monica bergaya,Agnes Monica hebat, Agnes Monica badan fit, ,Agnes Monica terkenal, Agnes Monica popular,Agnes Monica myspace,Agnes Monica youtube, Agnes Monica facebook, Agnes Monica friendster, Agnes Monica tagged, Agnes Monica yahoo massanger,Agnes Monica blog, Agnes Monica menarik, Agnes Monica unik,Agnes Monica wajah, Agnes Monica rahsia, Agnes Monica biodata,Agnes Monica hiburan,Agnes Monica terkini,Agnes Monica seksi, Agnes Monica misteri,

Gambar Close Up Dari Bawah Agnes Monica

Tak sangka ada orang akan terfikir nak ambil gambar Agnes Monica dari sudut bawah macam ini. Cuba bayangkan posisi si jurukamera semasa gambar seksi Agnes Monica ini dirakam.

Kalau tak ambil dari bawah pun rasanya cara pemakaian Agnes Monica ni pun dah cukup seksi dan seksa untuk mata melihat. Nampak macam tak pakai seluar jer. Apa-apa pun nasib baik suara dia sedap dan lakonan dia mantap.

Lagi gambar seksi close up dari bawah Agnes Monica dengan membaca artikel ini sepenuhnya:-

agnesmonicabaru

agnesmonicabaru2

agnesmonicabaru4

agnesmonicabaru5