Tag Archives: anita sarawak

Faizal Tahir Minta Maaf kepada Kak Nita

Faizal Tahir Minta Maaf kepada Kak Nita, Faizal Tahir musik, Faizal Tahir mtv, Faizal Tahir berita, Faizal Tahir Danish Web, Faizal Tahir galeri, Faizal Tahir foto, Faizal Tahir portofolio, Faizal Tahir album, Faizal Tahir info, Faizal Tahir filem, Faizal Tahir terbaru, Faizal Tahir pos, Faizal Tahir surat, Faizal Tahir mail, Faizal Tahir model, Faizal Tahir model antarabangsa, Faizal Tahir bergaya, Faizal Tahir menawan, Faizal Tahir hebat, Faizal Tahir tubuh cantik, Faizal Tahir badan fit, Faizal Tahir tubuh fit, Faizal Tahir badan langsing, Faizal Tahir terkenal, Faizal Tahir popular, Faizal Tahir myspace, Faizal Tahir youtube,  Faizal Tahir facebook, Faizal Tahir friendster, Faizal Tahir tagged, Faizal Tahir blog, Faizal Tahir menarik, Faizal Tahir unik, Faizal Tahir wajah, Faizal Tahir rahsia, Faizal Tahir makanan, Faizal Tahir biodata, Faizal Tahir hiburan, Faizal Tahir terkini, Faizal Tahir seksi.

Faizal Tahir Minta Maaf kepada Kak Nita

Semuanya berpunca sewaktu sidang media Minggu Setiausaha yang menggandingkan Faizal dan diva tersohor tanahair, Anita Sarawak yang mana Faizal tiba lewat sejam di sidang media itu, sedangkan Anita yang mesra disapa Kak Nita sampai tepat pada masanya.

Malah, sikap Faizal yang langsung tidak meminta maaf atas kelewatan itu dan terus mengambil tempatnya membuatkan banyak pihak di sidang media tersebut termasuklah wartawan cukup bengang dengan penyanyi ini.

faizal2

Faizal ketika itu hanya memberikan alasan bahawa dia terperangkap dalam kesesakan lalulintas gara-gara hujan lebat.

“Saya kalau boleh tidak mahu hal ini diperbesarkan. Tetapi, saya ingin jelaskan apa yang terjadi pada hari itu sebenarnya adalah salah faham antara pihak saya dan penganjur.

“Pada awalnya, saya dan pengurus saya diberitahu kami perlu berada di sidang media tersebut paling lewat pun pada pukul 3.30. Saya akui saya sampai di sana terlewat sedikit sekitar jam 3.45, tetapi saya tak sangka pula sebenarnya saya sudah terlewat hampir satu jam.

“Saya terkejut bila baca dalam akhbar beberapa hari kemudian yang mengatakan saya tidak hormat penyanyi senior kerana tiba lewat sejam. Dari situlah baru saya sedar yang sebenarnya sidang media itu sepatutnya bermula pukul 3 petang.

“Kalau saya tahu hal tersebut pada hari itu juga, saya pasti akan minta maaf. Tetapi tidak mengapalah, saya tidak menyalahkan mana-mana pihak pun.

“Ini adalah satu salah faham saja, jadi tidak ada apa yang perlu diperbesarkan. Saya akan minta maaf dengan Kak Nita jika ada kesempatan bertemu dengannya di mana-mana nanti,” tutur Faizal yang ditemui pada sidang media sempena Minggu Setiausaha anjuran Me & U Creative di Bora Ombak, Ampang, semalam.

Menurut penyanyi berusia 30 tahun ini, dia tidak mahu lagi mengulas lanjut tentang hal tersebut dan akui akan lebih berhati-hati untuk apa jua perkara selepas ini.

ABPBH2008 Pilih Tema Sentuhan Tenun

ABPBH2008 Pilih Tema Sentuhan Tenun, ABPBH2008 musik, ABPBH2008 mtv, ABPBH2008 berita, ABPBH2008 Web, ABPBH2008 galeri, ABPBH2008 foto, ABPBH2008 portofolio, ABPBH2008 album, ABPBH2008 info, ABPBH2008 filem, ABPBH2008 terbaru, ABPBH2008 pos, ABPBH2008 surat, ABPBH2008 mail.

ABPBH2008 Pilih Tema Sentuhan Tenun

14249293nw2

KUALA LUMPUR, 18 MAC 2009: Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang dijadual berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 12 April 2009 nanti akan menampilkan tema fesyen sentuhan tenun sebagai penyemarak majlis.

Ini bermakna selebriti terlibat secara langsung terutama artis wanita bakal mempersembahkan pakaian berkonsepkan kain tenun hasil rekaan 24 pereka fesyen tempatan yang turut bertanding untuk Anugerah Pereka Fesyen Popular ABBPBH08.

Pertandingan sampingan itu diperkenalkan tahun lalu bertujuan memberi pengiktirafan kepada pereka fesyen yang menjayakannya. Antara yang terbabit kali ini adalah Hatta Dolmat, Michael Shu dan Calvin Thoo.Perkara ini diumumkan oleh orang kuat ABPBH08, Hanizam Abdullah atau Kak Cham, dalam sidang media di Grand Salon, Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, kelmarin.

Pihak penganjur ABPBH08 turut mengumumkan Sharifah Shahira dan Adlin Aman Ramlie sebagai pengacara majlis manakala 15 artis popular dan veteran akan membuat persembahan. Mereka adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Anita Sarawak, Datuk A Rahman Hassan, Faizal Tahir, Aizat, Hujan, Diddy, Siti Sarah, Ayu OIAM, Jamal Abdillah, Farah Ashikin, Kristal, Jeffrydin, L Ramlee serta Stacy.

Sementara itu, seramai 18 penyampai trofi akan muncul di pentas menyampaikan hadiah kepada pemenang seperti pasangan Mawi & Ekin, Saidah & Saerah, Maya Karin, Farid Kamil serta Zizie Ezette.

Sementara itu konsert jelajah ABPBH08 terus mengembara lagi dan hujung minggu ini (Jumaat – Ahad), rombongan artis akan berada di Kuantan Parade, Pahang. Orang ramai juga jangan lupa juga menyertai pertandingan nyanyian Bintang Idola Berita Harian untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan.

Seterusnya minggu depan, rombongan glamour itu akan singgah di Batu Pahat Mall (28 & 29 Mac) diikuti destinasi terakhir, Klang Parade, Selangor  (3 & 5 April).