Tag Archives: Aril foto

Aril Beli Baju Raya Di Jakarta

Aril Beli Baju Raya Di Jakarta

SELAIN cerita Kau dan Aku musim kedua (KDA2), ada cerita menarik tentang Aril yang baru pulang dari Jakarta pada 27 Ogos lalu.

Selama tiga hari naib juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu menghabiskan masa membeli-belah untuk diri-sendiri, keluarga dan rakan-rakan. Aril tidak keseorangan di sana sebaliknya turut ditemani oleh lima orang kawannya.

Di samping itu, dia turut mengambil peluang percutian itu untuk membawa rakan-rakannya ke tempatnya membeli-belah semasa menjalani penggambaran drama bersiri KDA1.

“Saya beli baju Raya untuk ayah, beli telekung untuk mak, barang untuk keluarga, barang-barang yang kawan kirim dan pakaian untuk penggambaran KDA2,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama KDA2 di Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Cyberjaya, Ahad.

Menjalani penggambaran sewaktu bulan Ramadan banyak menguji kesabaran Aril lebih-lebih lagi cuaca agak panas dan tidak menentu. Lebih-lebih lagi, babak pertama lakonannya baru bermula.

Bercerita tentang KDA2, Aril akui seronok apabila dapat bergandingan dengan pelakon KDA1 yang ‘sekepala’ dan berfikiran terbuka sepertinya.

“Pelakon senior dan pelakon baru semuanya baik dan menghormati antara satu sama lain. Bagaimanapun, kami tak dapat lupakan pengalaman semasa berlaku gempa bumi di Jakarta sewaktu menjalani penggambaran KDA1 di sana,” katanya yang sedang popular menerusi lagu Raya berjudul Hanya Kerana Cinta.

Lagu yang dimuatkan dalam album Hangatnya Raya itu turut menggandingkan Hafiz, Ayu serta dua penyampai Hot FM, Anne dan Tini.

Aril, Aril foto, Aril web, Aril info, Aril maklumat, Aril hiburan, Aril misteri, Aril berita, Aril filem, Aril malaysia, Aril kawan, Aril  artis, Aril bf1