Tag Archives: Artis berita

Kuasa bulu mata

st_02.2

Kuasa bulu mata

MATA umpama cermin kaca yang menjadi refleksi suara hati. Apa sahaja isi hati seseorang, semuanya jelas terpancar menerusi pancaindera itu.

Sebagai satu langkah merevolusi dan menginovasi teknik solekan, jenama kosmetik terkenal, Shu Uemura memperkenalkan koleksi Tokyo Lash Bar 2009, baru-baru ini.

Koleksi Tokyo Lash Bar menampilkan bulu mata palsu yang menjadi instrumen alternatif yang cukup unik. Ini kerana ia memberi impak dramatik dan menggoda pada mata. Ia juga mendapat sentuhan barisan jurusolek profesional jenama Shu Uemura yang dikenali sebagai black book artis. Antaranya ialah Stevensunny, Taisu, Emma Mustafa, Chufan, Najeeb, Surya Zainul dan Sheng Saw.

Koleksi bulu mata terkini, Koleksi bulu mata terkini musik, Koleksi bulu mata terkini video, Koleksi bulu mata terkini foto, Koleksi bulu mata terkini cinta, Koleksi bulu mata terkini berita, Koleksi bulu mata terkini awek, Koleksi bulu mata terkini kontraksi, Koleksi bulu mata terkini Hiburan, Koleksi bulu mata terkini malaysia, Koleksi bulu mata terkini Melayu, Koleksi bulu mata terkini Indon, Koleksi bulu mata terkini Indonesia, Koleksi bulu mata terkini gambar, Koleksi bulu mata terkini cerita, Koleksi bulu mata terkini pilihan, Koleksi bulu mata terkini kl, Koleksi bulu mata terkini bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan

Noh (Hujan) Sudah Ada Kekasih

hi_01.3

Noh (Hujan) Sudah Ada Kekasih

KEBANYAKAN hasil karya kumpulan indie terkenal Hujan sering sahaja menjadi tumpuan dan siulan orang ramai. Populariti, kejayaan dan anugerah yang pernah dirangkul membuatkan kumpulan yang dianggotai oleh Mohammad Noh Salleh (Noh); Mohd. Hezry Mohd. Hafidz (AG Coco); Azhar Imran Ahmad Zulkeflee (Jaja) dan Azham Ahmad (Am) kaget seketika.

Bukan apa, mereka seumpama tidak percaya akan penerimaan pantas pencinta muzik terhadap hasil karya ciptaan mereka yang pada mulanya hanya untuk menghiburkan hati sendiri.

Selepas hampir tiga tahun berada dalam gelanggang seni, Noh serta anggota Hujan yang lain lebih memahami percaturan sebagai anak seni. Jika dulu dikatakan sombong dan sering bersikap acuh tidak acuh terhadap pertanyaan media, kini Noh sudah berubah.

Dia juga semakin serius dan teliti apabila mengeluarkan setiap butir perkataan kerana bimbang akan disalah erti seperti awal kemunculan mereka. Selain itu, gosip kononnya Noh mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon jelita Nora Danish sebolehnya mahu dipadamkan daripada diari seninya. Meskipun gosip penting bagi seseorang artis tetapi bukan untuk seorang yang bernama Noh.

“Saya tidak mahu bercakap lagi berkenaan gosip itu kerana secara jujurnya, saya sudah ada kekasih hati dan akan menikahinya. Saya tidak mahu gosip-gosip ini membawa masalah kepada kami. Apa yang penting sekarang adalah ke mana arah Hujan selepas ini.

“Kejayaan album pertama membuatkan kami lebih serius untuk rakaman album kedua yang berjudul Mencari Konklusi. Lagu single Mencari Konklusi telah pun diputarkan di radio-radio,” ujarnya.

Jelas Noh, album yang mengandungi lapan buah lagu itu mempunyai lebih kualiti daripada segi rakaman lagunya daripada album pertama dan ia dijangka berada di pasaran pada penghujung bulan ini.

Noh (Hujan), Noh (Hujan) musik, Noh (Hujan) video, Noh (Hujan) foto, Noh (Hujan) cinta, Noh (Hujan) berita, Noh (Hujan) awek, Noh (Hujan) kontraksi, Noh (Hujan) Hiburan, Noh (Hujan) malaysia, Noh (Hujan) Melayu, Noh (Hujan) Indon, Noh (Hujan) Indonesia, Noh (Hujan) gambar, Noh (Hujan) cerita, Noh (Hujan) pilihan, Noh (Hujan) kl, Noh (Hujan) bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan

Sean Kingston Kerek?

7E08A9D874E547D1AB02392D1A5192B8

Sean Kingston Kerek?

Bila artis dah digolongkan dalam kategori ‘antarabangsa’, sudah pasti artis itu masak dengan senyuman palsu, jawapan “PR” dan cara-cara melayan media. Tapi bagi Sean Kingston yang baru berumur 19 tahun dan juga tuan punya lagu paling hit tahun lepas, “Beautiful Girls”, perkara remeh itu pun tak ‘game’ lagi.

Untuk lawatannya ke Malaysia yang kedua baru-baru ini, sempena Shout! Awards, ketara keangkuhan artis reggae terkenal itu, hampir seperti dia mahu cepat mengambil bayaran dan pulang ke Amerika, tempat lahir dan penetapan yang juga menjadi pusat kerjayanya. Anak muda berbadan gempal yang membesar di Kingston, Jamaica itu telah menaiki jet charter dari New York semata-mata untuk memenuhi undangan ke Malaysia ini.

Ya, dia ini memang “kerek” sikit. Jadi benarlah ura-ura bahawa Sean angin tak baik di khalayak ramai. Dia juga cenderung menyebut nama penuh sendiri apabila menceritakan tentang dirinya dan berterimakasih kepada Tuhan untuk hampir setiap benda, dalam loghat Jamaica yang sudah bercampur dengan slang Amerika.

Di majlis sidang media yang diadakan di Hotel Nikko, Jalan Ampang bukan sahaja Sean lewat setengah jam untuk menyalin pakaian dan juga membuat ‘touch-up’, dia juga tiba dengan muka masam diiringi seorang ‘bodyguard’ dan juga rakan deejaynya. Kulit hitam manisnya molek berkontra dengan baju belang bewarna-warni berserta ‘bling’ beratus ribu dolar yang menyilaukan mata.

Untuk persembahannya di Shout! Awards, Sean digelakkan artis tempatan apabila sesat menaiki pentas untuk menyampaikan anugerah dan juga ‘miming’ selama tiga lagu bawaannya, diantaranya ‘single’ terbaru, “Fire Burning”.

Ikuti sedutan daripada temuramah menarik yang sempat dirakamkan bersama remaja yang dilahirkan Kisean Jamal Anderson ini.

Jadi Sean – beza antara Miami dan KL?

Saya suka Malaysia. Kali pertama saya datang, saya dah tahu yang ‘crowd’ kat sini memang cintakan muzik. Kamu di sini cuma mahu layan muzik saja, dan untuk itu saya respek. Di Miami, ia lebih dari itu, ‘lifestyle’ yang turut menentukan kesemuanya. Saya rasa saya betul dalam anggaran ini.


Apa perasaan Sean menjadi nama antarabangsa pertama memeriahkan malam Shout! Awards?

Bagus, bagus, gempak. Saya tak sabar. Show yang saya bagi akan best punya. Ada interaksi, ada efek (lampu, bunyi), ada deejay, dan semestinya, ada saya. Di semua show tak kira di mana, Sean Kingston bawak ‘vibe’ reggae yang terbaik di dunia.


Sambutan untuk lagu “Fire Burning” pada Sean, OK tak?

Sambutan dia agak besar, begitu besar. Sekarang nombor lima di carta US.


Apa perkembangan terbaru sejak kejayaan ‘Beautiful Girls’ dan ‘Take U There’ pada tahun lepas?

Ha, tentu ada. ‘Single’ saya yang kedua, “Face Drop”, akan keluar pada awal September. Album baru saya pula jatuh pada 22 September. Dalam album yang saya sebutkan ini kita ada The Dream, kita ada Gwen Stefani, kita ada Good Charlotte. Kita ada juga Wyclef dan Lil Wayne, dan Wayne adalah kolaborasi saya setakat ini yang paling saya banggakan.


Lagu-lagu Sean banyak berkisarkan perempuan, gadis dan anak dara. Ada sesiapa yang istimewa dalam hidup Sean sekarang?

Takde. ‘No girl’. Saya ‘single’ dan ‘ready to mingle’. (sengih)


Jangan marah nak tanya, apa perasaan Sean sebagai seorang bintang pop yang berbadan besar, satu-satunya ‘novelty’ yang jarang kita jumpa dalam dunia pop yang banyak menekankan rupa dan bentuk badan sekarang ini?

Saya sebenarnya tak pernah kisah semua tu. Saya OK sahaja dengan keadaan saya dan saya dah lama terima diri saya macam ini. Malah saya suka diri saya dan saya yakin dengan penampilan saya, begitu juga para peminat saya. Bukan semua orang dilahirkan Tuhan kurus, hensem dan sebagainya. Ia tak menjadi isu kepada saya lah.


Apa komen saudara apabila orang kata ‘single’ baru dan yang akan datang dari Sean menggunakan teknik ‘vocoder’ ataupun “suara robot”, meniru Kanye West dan sebagainya?

Ok, sedikit pembetulan saya kena buat di situ. Pertama, penerbit-penerbit yang sama bekerja dengan Sean Kingston dan juga Kanye. Kedua, Sean Kingston tak pernah cuba untuk tiru orang lain, Sean Kingston cuma tahu jadi Sean Kingston dan bunyi yang keluar dari saya adalah seratus peratus Sean Kingston.


Bagaimana saudara memotivasikan diri sebelum persembahan?

Berdoa. Saya dan ‘team’ saya banyak berdoa sahaja. Berdoa, berdoa dan berdoa. Kita sembahyang sama-sama sebelum setiap keputusan, kerja dan persembahan.


Sebagai bintang pop dunia yang baru 19 tahun hidup, apakah antara pengalaman yang paling sukar diterima setakat ini?

Itu senang saja – bila ibu saya masuk lokap selama dua tahun setengah. Bila saya terima berita itu tidak lama dulu, saya sedih benar bercampur dengan sakit hati. Sebab ibu saya seorang yang betul-betul rapat, kami berdua saling berkongsi segalanya. Jadi bila saya terpaksa terima benda tu, saya rasa memang ada “fire burning” dalam hati saya. Saya amat kesian dengan ibu pada waktu itu, tapi sekarang dah OK, dia dah selamat keluar (Tak sempat ditanya lanjut mengenai kes ibunya itu kerana kesuntukan masa).


Antara idola Sean siapa ya?

Jay Z. Semuanya tentang Jay saya kagumi. Sebagai seorang ‘businessman’, sebagai seorang penulis lirik, beliau cukup lengkap. Segala apa tindakannya saya contohi selama ini. Saya betul-betul takkan fikir dua kali untuk meletakkannya di takhta teratas.


Akhir sekali, apa nasihat Sean buat peminat-peminat kecil yang mahu mengikut jejak saudara?

Nasihat saya banyak-banyak berfokus dan terus buat apa yang kamu nak buat. Biar Tuhan yang teratas sentiasa, pastikan kita rendah diri selalu, dan terus pulun sahaja. Fokus kepada apa yang anda mahu dan yakin kepada diri anda, jangan takut orang, dan semuanya akan termakbul.

Kingston, Kingston musik, Kingston video, Kingston foto, Kingston cinta, Kingston berita, Kingston awek, Kingston kontraksi, Kingston Hiburan, Kingston malaysia, Kingston Melayu, Kingston Indon, Kingston Indonesia, Kingston gambar, Kingston cerita, Kingston pilihan, Kingston kl, Kingston bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan