Tag Archives: Artis Sepanjang

Shakira terima anugerah Artis Sepanjang Tahun

Shakira terima anugerah Artis Sepanjang Tahun

LOS ANGELES 27 Sept. – Penganjur anugerah Grammy Latin yang merupakan anugerah tertinggi dalam industri muzik Latin menamakan bintang Colombia, Shakira bagi menerima anugerah Artis Sepanjang Tahun ini, yang akan diadakan November ini.

Shakira yang dicalonkan dalam tiga kategori, termasuk Album Terbaik bagi album terbarunya, Sale El Sol, akan dianugerahkan gelaran bukan sahaja kerana lagu-lagu dan persembahannya tetapi kerana sifatnya yang dermawan menerusi Yayasan Pies Descalzos miliknya.

“Kami berbesar hati memberi penghormatan ini kepada wanita yang dinamik dan mengambil berat keadaan sekeliling serta usahanya yang menyentuh hati ramai orang di seluruh dunia melalui muziknya serta peribadinya,” kata Presiden Akademi Rakaman Latin, Gabriel Abaroa.

Shakira, 34, mula dikenali ramai sebagai seorang penyanyi awal 1990-an dengan membawa gabungan muzik rock, Latin dan Mediterranean serta dengan gaya tarian geleknya yang tersendiri.

Pada 1996, Shakira mengeluarkan album Pies Descalzos dengan lagu-lagu hit seperti Estoy Aqui dan Se Quiere… Se Mata.

Album Inggeris pertamanya, Laundry Service, diterbitkan pada 2001 dan merupakan album terlarisnya sehingga kini.

Yayasan milik Shakira itu fokus membantu kanak-kanak miskin mendapatkan pelajaran.

Shakira, terima, anugerah, Artis, Sepanjang, Tahun, LOS ANGELES, Penganjur, anugerah, Grammy, Latin, anugerah, tertinggi, ndustri, muzik, Latin, bintang, Colombia, menerima, anugerah, Artis Sepanjang, Tahun, ini, November, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan bf1, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu